KALAU MAHU PERUBAHAN DALAM NEGERI HARUS SOKONG PARTI-PARTI TEMPATAN


Thursday April 28/2016


PARTI TEMPATAN : MEREKA TAHU
TETAPI USAHA MEMUTAR FAKTA


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com

KEKADANG saya hairan, berulang kali dijelaskan masih juga mengatakan SOKONG PARTI TEMPATAN.

Beribu kali dijelaskan jawaban akan sama dan kesannya saya bertanya apakah mereka itu mahu menipu rakyat dan usaha memutar fakta?

Saya tidak anti parti tempatan dan saya juga tidak menyokong sepenuhnya PARTI NASIONAL yang selalu mereka katakan PARTI MALAYA.

Kalau kita mahu buah kelapa dan apakah kita mahu memanjat pokok kelapa yang tidak berbuah? Tentunya tidak dan demikian juga kalau kita memilih/undi parti.

Kita kena faham fungsi kerajaan Negeri dan kerajaan persekutuan.
Kerajaan negeri cukup terhad kuasanya, sedang kerajaan persekutuan itu kuasai WANG DISATUKAN, gst, Pendidikan, Polis, tentera, Kehakiman, JPN, Imigresen dan banyak lagi.

Untuk merubah sistem tadbir termasuk laksanakan Perjanjian 63 atau autonomi kena kuasai dulu Kerajaan Persekutuan/Putrajaya dan tanpa kuasai puterajaya, maka segala usaha/keinginan tidak akan tercapai.

Bagaimana mahu kuasai kerajaan persekutuan/Puterajaya itu?

Caranya ialah mesti menangi lebih 112 kerusi MP nanti dan tanpa kuasai lebih 112 kerusi MP, maka jawabnya SIA-SIA sebab bukankah parti tempatan bernama PBS pernah menangi PRU dalam tahun 1985 dan kuasai kerajaan negeri dengan majoriti besar meruntuhkan kerajaan BERJAYA pimpinan Datuk Harris?

Oleh sebab PBS hanya memenangi beberapa kerusi MP sahaja maka PBS sampai bilapun tidak akan dapat merubah keadaan dan akhirnya PBS sertai BN. Nampak?

Kita tahu Sabah hanya punya 25 kerusi MP sedang keseluruhannya kerusi MP di Malaysia ialah sejumlah 222 kerusi.

 Berapa kerusi saja parti lokal boleh menangi dari sejumlah 25 kerusi MP yang dikhaskan untuk Sabah? sekarang parti lokal tidak memenangi satupun kerusi MP kecuali PKR ( 1) dan BN rata-ratanya.

Katakanlah parti tempatan menangi 25 kerusi PM dan menangi semua 60 kerusi DUN ( katakan sajalah), apakah parti lokal akan dapat menuntut perjanjian 63 atau autonomi, sedang BN berkuasa penuh?

Bercakaplah secara lojika dan bukan auta dan usahalah bercakap benar dari segi sistem tadbir kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Kita boleh saja menipu dan menguar-uarkan kata-kata begitu terhadap orang kampung yang tidak tahu sistem tadbir, tetapi yang tahu undang2 tentu tidak boleh dijadikan mangsa. Usahalah bercakap benar dengan fakta yang jelas dan tepat.

Cara terbaik demi kebaikan rakyat ialah supaya parti tempatan di Sabah berkerjasama dengan parti nasional. Ada dua pilihan saja sama ada BN atau PH kerana kedua parti sahaja yang bakal tandingi 222 kerusi MP nanti.

Diharap dengan penjelasan ini rakyat tidak mudah tertipu dengan slogan undi parti tempatan, sebalik usahalah mengkaji fungsi2 kerajaan negeri dan persekutuan.


No comments:

Post a Comment