LIM RASA KESAL DAN KECEWA KENAPA DEBAT ISU TANAH MANGGIS DAN BANGLO DI BATALKAN

Tuesday April 19/2016

OLEH: RAMASAMY A/L MUTHUSAMMY
www:sabahinsider14.blogspot.com


PULAU PINANG:- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan rasa kesal amat  kecewa dan menganggap dirinya dipermainkan apabila debat antara beliau dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan ditangguhkan dan dibatalkan serta merta.

 Beliau mendakwa selepas Abdul Rahman mencabarnya untuk berdebat dan cabaran itu diterima olehnya, menteri itu sengaja ke luar negara.

“Tapi bila (Abdul Rahman) balik, tiba-tiba IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar) cakap tak boleh teruskan (debat) kerana akibatkan prejudis,” katanya dengan nada kecewa kepada pemberita selepas melancarkan Mass CPR-AED, di Tapak Pesta Pulau Pinang di sini, hari ini.

Semalam Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad memutuskan untuk menunda  atau membatalkannya debat  itu yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV3 Selasa ini, selepas mengambil kira nasihat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar siaran langsung debat itu ditangguhkan.

Lim turut mempersoalkan mengapa media boleh menyiarkan laporan mengenai isu tanah Taman Manggis dan banglonya hampir setiap hari sedangkan dakwanya ia juga boleh dianggap prejudis dan mengganggu siasatan.

Kontroversi tanah Taman Manggis timbul selepas Abdul Rahman mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah itu yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta manakala banglo itu didakwa dibeli Lim pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran.

Katanya lagi pihak kerajaan khususnya Abdul Rahman takut untuk berdebat mengenai isu tanah Manggis dan isu rumah banglonya.




No comments:

Post a Comment