ZIZAN MENGAKU MEMANG BERCINTA DENGAN VIE SYANTY BEKAS ISTERI EIZLAN YUSOF

Zizan Razak mengaku tengok wayang dengan bekas isteri Eizlan Yusof



ZIZAN: Ya, saya memang pernah keluar menonton wayang dengannya tetapi bukan keluar berdua.

OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

KUALA LUMPUR:- Pelakon/pelawak  dan pengacara Zizan Razak mengaku yang dia pernah keluar menonton wayang bersama bekas isteri kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof, Vie Syanty Harun.

“Ya, saya memang pernah keluar menonton wayang dengannya tetapi bukan keluar berdua. Saya ditemani dengan keluarga saya, begitu juga dengan dia.

"Hubungan yang terjalin di antara saya dan dia hanya sekadar teman sahaja tapi kalau ada judoh ditemukan saya tidak boleh tolak ini rezeki datang bergolek judoh dah ditentukan oleh Allah SAW”  kata Zizan kepada Wartawan Hiburan Portal The Sabah Insider.net kelmarin..

Menjelaskan bahawa hubungan mereka tidak serius, Zizan menjelaskan yang dia enggan mengulas lanjut mengenai berita yang tersebar.

“Kami hanya berkawan dan kalau kami berjumpa pun, ia berkaitan dengan urusan perniagaan. Kalau boleh, saya tak mahu komen panjang mengenai perkara ini.

Ditanya ada kah Zizan menyimpan rasa sayang dan cinta kepada Vie Syanty Harun selama menjalinkan hubungan mesra.

“Seperti yang saya katakana tadi perasaan cinta dan sayang terhadap diri Vie Syanty memang  sudah lama saya pedam tetapi saya rasa takut nak meluahkannya biarlah dia sendiri membaca berita portal  ini nanti  yang dia tahu bahawa saya benar-benar mencintainya

"Dia sendiri pun pernah mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram miliknya sebelum ini, jadi saya rasa itu sudah cukup,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran filem 'Bikers Kental 2'.

Bakal memulakan penggambaran pada 12 Mei  ini, Zizan teruja untuk kembali ke set "Bikers Kental" kerana kecintaannya kepada aktiviti permotoran.

“Saya memang aktif dalam bidang permotoran semenjak dulu lagi. Habis sahaja sekolah, saya sudah memiliki lesen untujk menunggang motor besar.

"Saya sendiri tidak sabar untuk memulakan penggambaran filem ini dan melakukan aksi-aksi stuntsendiri,” katanya.

Filem "Bikers Kental 2" bakal menjalani penggambaran selama 35 hari.

Selain Zizan, filem arahan pengarah Helmi Yusof ini turut menampilkan Awie, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

"Bikers Kental 2" juga akan menampilkan beberapa pelakon dari Thailand.





No comments:

Post a Comment