ZAKARIA....KERAJAAN MENITIKBERATKAN SOAL PEMBANGUNAN RAKYAT TANPA BERMUSIM

Wednesday April 13/2016

Gambar Kelihatan…..Zakaria menyampaikan hadiah kepada seorang peserta


OLEH: AZMIE AZMAN
 www.sababinsider14.blogspot.com

SANDAKAN : Pembantu Menteri Kerajaan Tempàtan & Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata kerajaan sentiasa menitikberatkan soal pembangunan rakyat tanpa bermusim.

Katanya menerusi penglibatan agensi agensi kerajaan pelbagai perogram diadakan samaasa di bandar mahupun luar bandar.

" Kita teruskan agenda membela rakyat,"katanya ketika berucap pada program Semarak Kasih Jiran Sekampung melibatkan 3 buah kampung Memanjang, Satura dan Jaya Bakti di sini baru-baru ini.

Kampung Jaya Bakti merupakan perlampungan pinggir bandar Sandakan terletak di bawah pentabdiran Majlis Daerah Beluran.

Program itu adalah anjuran Kumpulan Yayasan Sabah bahagian Sandakan.

Pelbagai acara diadakan antaranya pertandingan masakan, Karoake, Sukan Rakyat dan bola sepak.

Hadir sama Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Armani Haji Mahiruddin. Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Gum Gum Kamal M Said, PPM Sungai Sibuga Jaini Tiksun, wakil Parlimen Libaran Sapilin Mohd Yassin dan Pengurus Yayasan Sabah bahagian Pantai Timur, Hajah Rosinah Haji Mohd Momin.

Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum mengesa masyarakat di kawasan pinggir bandar itu tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang suka memutarbelit fakta mengenai agenda pembangunan kerajaan Barisan Nasional.

Sehubungan itu, katanya kerajaan akan terus menyediakan kemudahan unutuk rakyat di kawasan itu.



No comments:

Post a Comment