MP SANDAKAN BIDAS RAYMOND TAN MENGHALANG PEMBAHASAN ISU KESELAMATAN DI SABAH

Friday April 22/2016


OLEH: KREW DAP &
AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan DAP Stephen Wong Tien Fatt membidas sekeras-kerasnya terhadap Datuk Raymond Tan Shu Kiah Timbalan Ketua Menteri Sabah yang membuat kenyataan malam tadi  berbentuk kritikan untuk menghalang pembahasan isu keselamatan Sabah.

Wong yang juga Pengerusi DAP Sabah dikecam oleh Raymond Tan dan membalas kritikan tersebut  sehungguhnya Raymond Tan  sekiranya belum  lagi terjaga dari tidur selagi itu tidak memahami apa yang sedang berlaku disekeliling lebih baik jangan berkata apa-apa  dengan sesuka hati.

Beliau memberi kenyataan tersebut ketika sidang akhbar di Pejabat Parlimen Sandakan dan juga menunjukkan Hansard dari Parlimen serta keratan khabar mengenai isu-isu keselamatan yang dibangkitkan oleh beliau di sidang Parlimen sebagai bukti tuduhan Raymond Tan adalah tidak benar.

Stephen Wong berkata bahawa beliau telah menghadiri ke Dewan persidangan DUN baru-baru ini untuk tujuan menyerahkan memorandum kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Haji Noor, memohon penangguhan pelaksanaan caj letak kereta di 10 bandar-bandar satelit di daerah Sandakan.

Ketika itu, Ketua pembangkang Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin mencadangkan untuk membahaskan mengenai isu keselamatan di Sabah, berdasarkan insiden penculikan di laut yang semakin meningkat, dan kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa kawasan DUN Sabah sebanyak 60 juga terdapat jeneral Sulu, hal ini amat membahayakan dan menjejaskan keselamatan Sabah dengan serius. Manakala, Raymond Tan telah menghalang cadangan tersebut dengan sebabnya beliau telah cadang usul yang sama pada 26hb November 2015

Selepas itu, ketika sidang akhbar dan ditanya oleh wartawan, beliau berpendapat bahawa sebab Raymond Tan tidak sesuai dan berbuat-buat, usul yang pernah dicadang tidak semestinya tidak boleh dibangkit dan dibahas lagi, khususnya insiden penculikan di laut semakin meningkat.


Oleh sebab itu, Raymond Tan mengecam Stephen Wong dan tuduh Wong tidak ada mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai isu keselamatan Sabah yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Silam pada 5hb April 2016 di mana beberapa Ahli Parlimen BN dari Sabah turut mengambil bahagian dalam pembahasan tersebut.

Stephen Wong berkata bahawa beliau telah membangkitkan isu keselamatan Sabah pada 10hb March di sidang Parlimen dan mengambil bahagian dalam pembahasan mengenai isu kawasan DUN Sabah sebanyak 60 juga terdapat jeneral Sulu dan membahayakan keselamatan tempatan.

Hal ini boleh dibuktikan dengan Hansard, iaitu rekod mesyuarat sah dari Parlimen. Kemudian, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling (DAP) mencadangkan usul untuk membahas tentang insiden penculikan 4 orang anak kapal dari Sibu, Sarawak, tetapi Speaker telah memberi kebenaran kepada Ahli Parlimen Silam untuk membahas selama 30 minit untuk usul beliau.

Oleh itu, Stephen Wong berkata bahawa beliau dan Jimmy Wong (DAP) bukan tidak mahu mengambil bahagian dalam pembahasan, sebaliknya mereka memberi laluan kepada Oscar Ling untuk membahaskan usulnya dan beliau juga hanya dihadkan 3.5 minit sahaja. Atas sebab pengehadan Peraturan Mesyuarat, setelah memberi laluan kepada Oscar Ling, Stephen Wong dan Jimmy Wong turut tidak berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut.

Beliau menyifatkan Raymond Tan sebagai ADUN yang berpengalaman, sepatutnya memahami Peraturan Mesyuarat dan pretasinya dalam badan perundangan negeri Sabah juga kurang memuaskan. Stephen Wong menasihat Raymond Tan sebagai ADUN Tanjong Papat (Sandakan) dan Timbalan Ketua Menteri yang kedudukan tinggi, haruslah memberi perhatian utama kepada rakyat Sandakan, tetapi masalah di Sandakan masih banyak tidak diselesaikan.

Contohnya, masalah sistem pembentungan Sandakan, isu hospital yang kurang mesin dialisis dan ambulans serta pengubahsuaian dewan bedah selama 1 tahun lebih pun belum siap.

Beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri berasal dari Sandakan, akan tetapi ketika MPS mengumumkan pelaksanaan caj letak kereta di 10 bandar-bandar satelit Sandakan, Raymond Tan langsung tidak ada bersuara untuk rakyat tetapi menjadi jurucakap BN dalam sidang DUN Sabah.

Oleh itu, Stephen Wong berharap Menteri Raymond Tan berusaha dalam khidmat untuk rakyat da

No comments:

Post a Comment