DAP ANJUR GOTONG ROYONG BERSIHKAN KAWASAN PERUMAHAN LPPB SRI TAMAN DAPAT SAMBUTAN

Monday April 04/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Gotong Royong untuk membersihkan kawasan di kawasan perumahan tidak hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata khususnya  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk berbuat sedikian.

Ini tanggungjawab perlu disemai oleh setiap individu khususnya penduduk setempat untuk menjaga kebersihan di sekeliling kawasan rumah agar di jauhi segala wabak yang tidak diingini datang menimpa penduduk berhampiran.

Pagi kelmarin  satu rombongan ahli-ahli DAP yang menggabungkan  tenaga pemimpin kanan parti DAP Sandakan yang diketuai oleh Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt telah mengadakan satu gotong royong di kawasan Perumahan LPPB Batu 3.5 Jalan Utara.

Turut terlibat sama ialah Frankie Poon  dan lain-lain pemimpin kanan DAP  dan penduduk-penduduk Perumahan LPPB turut serta  bagi menjayakan program ini.

Wong berterima kasih kepada penduduk-penduduk Perumahan LPPB Sri Taman  kerana sudi bekerjasama dengan DAP walaupun DAP hanya merupakan parti pembangkang namun mempunyai tanggungjawab yang berat untuk membantu rakyat di mana-mana saja berada.

“Bantuan  yang sering  salurkan oleh pemimpin DAP tidak mengira warna kulit   kami buat sama rata  sedia membantu jika di perlukan dengan sedaya upaya kami” jelas Wong Lagi


.

No comments:

Post a Comment