Tidak Halang Cinta Sherry Ibrahim & Fattah Amin Walaupun Beza Tujuh Tahun


OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

Sherry dan Fattah semakin mesra dan kita doakan sahaja kebahagiaan mereka sehingga ke jinjang pelamin.

KUALA LUMPUR: Pelakon Sherry Ibrahim tidak melihat jarak usia sebanyak tujuh tahun dengan teman lelakinya, aktor Abdul Fattah Amin, 24, sebagai satu halangan untuk kedua-duanya meneruskan hubungan.

Sherry, 31, berkata, kematangan Fattah membuatkan dia serasi dengan pemuda itu namun mengakui percintaan mereka masih di peringkat awal.

"Soal hati dan perasaan bukan boleh diukur dengan usia malah saya sendiri tidak pernah menjangkakan akan mengenali lelaki yang jauh lebih muda.

"Saya selesa berkawan dengan Fattah kerana dia seorang yang matang membuatkan hati saya terbuka untuk menerimanya," katanya kepada mStar Online.

Sherry ditemui pada majlis Kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea' di Kelab DiRaja Selangor Bukit Kiara di sini pada Khamis.

Dua lagi selebriti yang turut terlibat pada kempen yang dirasmikan oleh Pengurus Besar Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan itu adalah Anzalna Nasir dan Doris Hor.

Pada majlis berkenaan seramai 1,000 peserta menyertai program itu dengan melepaskan belon ke udara tanda sokongan kempen berkenaan.

No comments:

Post a Comment