1MDB: ATAS KERTAS NAJIB TAK SALAH


Tuesday April 12/2016


( yang salah PM, Pengerusi lembaga penasihat 1MDB
dan Menteri Kewangan. Siapa itu?)


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com



ATAS kertas laporan PAC memang cantik dan memang tidak terkait nama seorang Najib. Itu diakui sendiri oleh wakil DAP.

Wakil DAP hanya bercakap apa yang ada atas kertas dan itu selayaknya.

Yang ada atas kertas tidak dibangkit masuk pakai laporan Audit Negara dan Bank Negara.

Ada beberapa dokumen dalam 1MDB diletakkan bawah rahsia iaitu bawah AKTA OSA dan itu tidak boleh disebar dan rakyat dilarang tahu dan siapa menyebar siap masuk penjara.

PAC dilarang menggunakan laporan itu. Kenapa dilarang dan inilah yang menjadi persoalan kalangan kita seolah ada yang disembunyikan.

Pemindahan dana ke luar negara tidak dijelaskan keluar masuk dan difahamkan US$1 bilion dibayar kepada GOOD Star Limited telah disalahguna.

Kemudian 1MDB juga telah membuat bayaran sebanyak lebih US3.5 bilion kepada pihak DODGY Money Trill dan ini cukup meragukan.

Lebih aneh lagi ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Mohammad menjelaskan yang Lembaga Penasihat tidak pernah mengadakan mesyuarat.

Jangan lupa setiap pengeluaran kewangan/atau urus niaga harus mendapat kelulusan secara bertulis dari Perdana Menteri dan itu boleh dirujuk perkara 117(c) 1MDB.

Seorang Najib tidak terlibat memang benar sebab yang terlibat secara langsung mengarahkan ialah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia tentu tahu.

Agak mustahil Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia tidak tahu menahu dan kalau seorang Najib tidak tahu dan tidak terkait itu benar, tapi siapa yang duduki kerusi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?

Laporan PAC jelas ada kepincangan di 1MDB dan contohnya pengeluaran 228 juta tanpa kelulusan Ahli lembaga Pengarah 1MDB dan jelas kalau begitu yang mengarahkan hanyalah seorang perdana Menteri ikut perkara 117(c) itu.

Berdasarkan kuasa 117(3) itu, apakah benar tidak terkait seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan? Tidak terkait seorang Najib memang benar itu diakui.

Rasanya rakyat Malaysia tidaklah sibodoh seperti disangka dan kalau tidak mana mungkin negara berhutang 50 Bilion dan itu diakui oleh PAC.


No comments:

Post a Comment