TAMAN MESRA KINI TEMPAT SARANG NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI BERDARAH

Tuesday January 12.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI


ELOPURA:- Saban hari pagi dan petang Jabatan Kesihatan Sandakan telah  memasuki kawasan  Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra untuk memaklumkan bahawa Taman Mesra sekarang  adalah sebagai tempat  sarang nyamuk  Aedes dan wabak demam denggi selain kawasan Batu Sapi,Taman Mawar, Batu 5 Batu 7 Jalan Labuk dan Bandar Nam Tung Tanah Merah disahkan sebagai tempat pembiayakan nyamuk Aedes yang terbesar.



Setelah mereka mengetahui bahawa Taman Mesra sekarang sebagai tempat wabak denggi dan sarang nyamuk Aedes apa kah langkah-langkah seterusnya pihak-pihak tertentu untuk mengatasi masalah ini agar tidak parah.



Dalam kontek ini pihak Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Taman Mesra dan juga Rukun Tetangga harus mengambil ikhtibar dan memainkan peranan penting  ke arah mengadakan gotong royong bersama-sama penduduk setempat khusus untuk membersihkan saliran-saliran peparitan yang bertakong.


Air yang bertakong didalam parit ia merupakan tempat pembiayakan dan sarang nyamuk Aedes ini amat berbahaya kepada penduduk Taman  Mesra kerana kalau digigit nyamuk Aedes tentunya mereka akan dijangkiti deman denggi berdarah.

Tahun 2015 yang lalu lima orang penduduk Taman Mesra di sahkan telah meninggal dunia akibat dijangkiti demam denggi berdarah.


Jangan sampai tahun 2016 ini ramai penduduk Taman Mesra  jadi korban akibat dijangkiti deman denggi berdarah oleh itu pihak JKDB dan Rukun Tetangga Taman Mesra perlu mengadakan gotong royong  panggil semua penduduk tidak kira mereka ada pangkat bergelar Datuk Tan Seri sama-samalah turun padang menyertai gotong royong membersihkan kawasan-kawasan yang kotor.

Diharap Wakil Rakyat Elopura  yang membaca berita yang tersiar di media portal online The Sabah Insider.Net dapat memanggil Pengerusi JKDB Taman Mesra Herman  Pemaju Mukim dan Pegawai Pemabngunan Masyarakat (CDO) Elopura untuk membincangkan mengenai program Gotong Royong tersebut.