PUSAT KHIDMAT RAKYAT TAJAAN DAP TERUS MAIN PERANAN BANTU WARGA EMAS


Sunday January 10.2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

 
SANDAKAN:- Pusat Khidmat Rakyat tajaan Pejabat Parlimen P186 Sandakan (DAP) yang diketuai oleh Amsi Liew Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Sandakan terus memainkan peranannya untuk membantu masyarakat khususnya warga-warga tua yang tersisih daripada sanak saudara.


Atas keprihatinan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  yang dibantu oleh Amsi Liew seorang Warga Emas Chua Liang Hun berjaya di tempatkan di rumah Orang-orang Tua Seri Harapan Jalan Sibuga.

“Walaupun kami di pihak parti pembangkang namun kami juga mempunyai rasa tanggungjawab yang sama untuk membantu masyarakat tidak  kira bangsa agama dan fahaman idologi politik yang berbeza-beza  pastinya mereka yang memerlukan bantuan kami bantu sedaya upaya kami” kata Amsi Liew                 


Dengan itu Amsi bagi pihak Pejabat Parlimen Sandakan mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan kerana sudi membantu bagi menempatkan  Chua di rumah Orang-Orang Tua Seri Harapan sehingga akhir hayatnya.



No comments:

Post a Comment