BANTERAS GANGGUAN SEKSUAL KEPADA PEKERJA WANITA

Friday January 15.2016


OLEH: NURLIYANA ABDULLA
www.sabahinsider14.blogspot.com



SEKARANG ini di tempat kerja, ada pegawai atasan atas sesama suka sangat memeggang orang lain tak kesah isteri, tunang atau anak orang.

Yang suka kesan “ miang-miang  dan minta puji” dan ada pula yang tak suka tetapi diam dan marah malas berkata kasar sebab majikan atau ketua unit misalnya.

Hukum Islam atau apa saja agama memang tidak dibenarkan demikian dan kekadang yang melihat seolah menyatakan sang perempuan itu MURAHAN dan macam-macam andaian.

Memang tidak baik, sementara dalam islam itu makna DAYUS buat bapa atau suami yang membiarkan hal demikian berlaku.

Nah, Gangguan seksual merupakan pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu: Gangguan secara lisan, Gangguan secara isyarat / bukan lisan, Gangguan visual, Gangguan psikologi dan fizikal.

Jabatan tenaga kerja bertanggungjawab untuk mengendalikan kes aduan gangguan seksual di tempat kerja.

 Aduan boleh dibuat sama ada melalui telefon, datang sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat atau menghantar surat ke Pejabat Tenaga Kerja.

Pihak pengadu perlu memberi maklumat asas seperti berikut: Nama dan alamat pihak yang diadu, Isu-isu yang diadu hendaklah diperincikan, Nama dan alamat pengadu.

Jabatan sebenarnya telah melaksanakan Program Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja sebagai usaha mempromosikan penubuhan mekanisme dalaman bagi menangani gangguan seksual di tempat kerja.

Objektif program ini adalah: 1. Mewujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang peranan Jabatan dalam pengendalian Kod Amalan Mencegah Dan membasmi

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. 2. Menggalakkan majikan-majikan menubuhkan Mekanisme Dalaman Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. 3.

Memberi pendedahan kepada orang ramai terutama pekerja tentang peranan dan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku masalah gangguan seksual kepada mereka atau individu terdekat.

Bermula 1 April 2012, Pindaan Akta Kerja 1955 telah memasukkan satu bahagian baru untuk gangguan seksual iaitu Bahagian XVA Seksyen 81A sehingga 81G.

Berhati-hati lah dan jika ada kejadian di tempat masing-masing , sila saja bertindak ikut peraturan.

No comments:

Post a Comment