ADUN TG PAPAT ABAIKAN MASALAH TABIKA KEMAS KG BERHALA DARAT

Tuesday January 26.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

ABAI.....ADUN Tg Papat abaikan masalah TABIKA Kemas


TANJUNG PAPAT:-  Walaupun Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt wakil dipihak pembangkang nanum tanggungjawab yang dipukulnya adalah berat terutama mencari jalan alternative untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang sedang dihadapi.

Mengenai  Kelas TABIKA Kemas  Kg Berhala Darat di Lorong C  Rancangan Rumah Murah Jalan Buli Sim-Sim yang di bawah urus tadbir Jabatan Perpaduan Negara  yang dalam keadan daif yang tidak punya kemudahan langsung tiada perhatian oleh para pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN)

Masalah kedaifan TABIKA Kemas itu amat menyedihkan sehingga murid-murid yang belajar terpaksa duduk ngelesot di lantai kerana tiada meja dan bangku.

Sepatutnya Wakil Rakyat Tanjung Papat dan juga pihak Jabatan Perpaduan Negara (Jabatan Kemajuan Masyarakat) KEMAS harus mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pagi tadi Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong bersama rombongannya telah melawat TABIKA Kemas untuk berjumpa secara langsung daripada guru-guru kelas Tabika itu untuk mendengar sendiri rintihan dan keluhan yang diluahkan mengenai masalah kedaifan tersebut.

Apapun Wong  yang prihatian terhadap masalah tersebut  beliau akan menghubungi pihak-pihak tertentu tentang masalah itu agar diambil tindakan beberapa segera yang boleh.

Sebenarnya kedudukan TABIKA KEMAS Kg Berhala Darat ialah di Balai Raya Kg Melayu Sim-Sim disebabkan berlakunya kebakaran pada Julai tahun 2015 sehingga kini balai raya tersebut tidak dibaik pulih makanya TABIKA Kemas itu terpaksa menyewa rumah orang  untuk dijadikan kelas Tabika bayaran sewaan sebulan RM600.00


No comments:

Post a Comment