KENYATAAN NANCY BENTUK PENGHINAAN KAUM BUMIPTERA PELBAGAI SUKU SABAH DAN SARAWAK


Wednesday January 13.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

 
RAMAI kaum bumiputera yang terdiri daripada sukum Iban-Melanau-Bidayu-Penan-Dayak-Kadazan-Dusun-Murut  dan Orang Sungai di Sabah amat tersinggung bila membaca kenyataan yang dilontarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukry antara lain menyatakan Bumiputera kalau tidak dibantu Kerajaan Mencuri.

Kenyataan sebegini rupa benar-benar menghina kaum bumiputera bukan saja di Sabah malahan di Sarawak kerana teringgung dengan kenyataan tersebut.

Seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti Nancy yang mewakili semua kaum di Malaysia ini tidak seharusnya melahirkan sentiment seperti merendah-rendahkan mertabat orang-orang  Bumiputera yang terdiri daripada pelbagai suku kaum di Negara ini.

Saya amat tertarik dua tulisan yang tersiar diportal The Sabah Insider tulisan Paparazi berjudol “KENYATAAN NANCY SHUKRY JIKA BUMIPUTERA TAK DAPAT BANTUAN KERAJAAN MENCURI” dan satu lagi tulisan Nurliyana Abdullah berjudol “ MENTERI NANCY DIMAZLANKAN”  kedua tulisan tersebut amat menarik dan banyak orang mengambil perhatian tentang isi kandungan itu.
 
Saya sering mendapati  ada  beberapa menteri kalau mengeluarkan kenyataan tidak difikir dahulu main lepas saja tanpa memikirkan perasaan bangsa-bangsa lain.

Antaranya kenyataan Ismail Sabri Yaacob  suruh boikot peniagaan cina kenyataan ini membuat hati Cina tersinggung dan marah, begitu juga kenyataan Datuk Zaitun Mat Wanita UMNO Kuantan Jika Cina-India Tak Sokong Kerajaan BN Keluar Saja Dari Malaysia.


Ada lagi beberapa menteri membuat kenyataan  yang menyinggung perasaan bangsa-bangsa lain saya akan bongkar satu persatu kemudian.


No comments:

Post a Comment