KOS PEMBINAAN MASJID NURUL IMAN KG PERTANIAN LEBIH RM300 RIBU ...... KATA ZAKARIA



Sunday January  10.2016

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com


Gambar Kelihatan.......Zakaria menandatangan plak Masjid Nur ul Iman di Kampung Pertanian kelmarin
 
 
SANDAKAN:  Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris telah menyempurnakan majlis perasmian masjid baharu di Kampung Pertanian, Batu 25 Jalan Labuk kelmarin.
 
Masjid Nurul Iman yang telah dibina dengan kos lebih RM 300,000, membolehkan lebih 500 penduduk kampung berkenaan untuk menunaikan ibadah dengan lebih selesa dan juga melaksanakan aktiviti keagamaan.
 
Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum berkata penduduk di kawasan itu berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman kerana menyalurkan peruntukkan untuk membina masjid baharu tersebut.
 
Beliau turut merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Pertanian yang turut dihadiri oleh pemimpin serta penduduk kampung berkenaan.
 
Zakaria nenasihati jawatankuasa masjid berkenaan agar menggunakan dan menjaga kemudahan disediakan kerajaan itu dengan sebaik mungkin.
        
Katanya, penduduk juga perlu segera melaporkan sebarang perbuatan vandalisme sekiranya mendapati terhadap pihak-pihak yang cuba melakukannya.
         
Sementara itu, ketika berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul di kampung berkenaan, Zakaria berpesan agar mencontohi sekaligus menjadikan sunah Rasulullah sebagai budaya hidup harian bagi membolehkan agama dijadikan sebagai landasan perpaduan yang kukuh dalam kepelbagaian kaum.
 
Hadir bersama pada majlis ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz serta pemimipin masyarakat setempat lain.
 
  

No comments:

Post a Comment