KEJAYAAN POLIS BANTERAS TIGA ANGGOTA POLIS TERLIBAT KES PENCULIKAN PENIAGA IKAN HARUS MENDAPAT PUJIAN

Wednesday January 13.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


KEJAYAAN pihak Polis Sabah membanteras tiga anggota Polis yang terlibat  mendalangi kes penculikan  bersenjata keatas seorang peniaga ikan wanita 44  di Lahad Datu  pada 06 Januari lalu  dan empat lagi suspek turut ditahan  seharusnya orang ramai memberikan pujian  keatasan kejayaan itu.

Sistem kepolisian di Negara ini tidak memilih bulu walaupun anggota polis sendiri yang  terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti jenayah akan tetatp menerima hukuman yang setimpal.

Dalam insiden kes penculikan seorang peniaga ikan itu  sebelum menuntut wang tebusan RM50,000 di Lahad Datu.

Lantaran tiga anggota polis itu yang turut  ditahan dalam serbuan berasingan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Sabah di sekitar Lahad Datu malam kejadian itu.;
 
Turut ditahan ialah seorang lelaki dipercayai dapat membantu siasatan lanjut berhubung penculikan wanita itu yang dilarikan dari rumahnya di Kampung Silam, Lahad Datu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman, berkata dua daripada anggota terbabit berpangkat koperal dan konstabel adalah daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu, manakala seorang lagi berpangkat konstabel bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

 "Semua suspek termasuk seorang orang awam berusia 26 hingga 33 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan bermula jam 11.30 pagi hingga 4.30 petang semalam di sekitar Lahad Datu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah baru-baru ini.

 Salehhudin, berkata turut dirampas dalam serbuan itu ialah dua laras senjata api jenis HKMP5 dan selaras M16, kedua-duanya milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disyaki digunakan suspek dalam kes berkenaan.

 "Selain itu, polis merampas dua kenderaan iaitu pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan PERODUA Viva, selain wang tunai RM8,100 dan empat telefon bimbit," katanya.

Semua suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian jam 10 malam pada 6 Januari lalu, wanita terbabit dilarikan dengan sebuah kenderaan oleh tiga lelaki bersenjata api sebelum dibebaskan sebaik ahli keluarganya membayar wang tebusan berjumlah RM50,000, tiga jam kemudian.

Kumpulan lelaki terbabit sebelum itu pergi ke rumah mangsa di Kampung Silam menarik wanita berkenaan masuk ke dalam kereta dan ketika dalam perjalanan, mangsa diugut menyerahkan RM50,000 atau dibunuh menyebabkannya menghubungi sepupu menggunakan telefon suspek meminta menyediakan wang.

Wang tunai itu dikumpul dengan bantuan jiran serta ahli keluarganya dan diletakkan di simpang Kampung Silam oleh jiran mangsa sebelum wanita itu dibebaskan jam 1 pagi pada hari berikut.




No comments:

Post a Comment