MEMANG SAH SYATILLA MALVIN DAN SAM BERCINTA DAN AKAN BERKAHWIN PADA FEBRUARI INI



Tuesday  January 19.2016

OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com


PULAU PINANG:-   Seorang pelakon Drama TV Prima Astro  berjudol Shad dan Shah yang memegang watak sebagai Shah dan  nama sebenar  pelakon itu ialah Syatilla Melvin makin meningkat naik namanya  dipersada dunia lakonan drama tanah air  kerana dikatakan  mempunyai hubungan cinta bersama pelakon Shaheizy Sam.


Melalui artikel ini ‘Umum Hal Kahwin, Syatilla Melvin Serah Pada Shaheizy Sam?‘, hubungan mereka bakal keperingkat seterusnya.  Dan tidak lama lagi kita semua bakal menyaksikan ‘wedding of the year’ !.


Kali ini Wartawan Portal The Sabah Insider. Net yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka telah  tertarik dengan imej bertudung bakal isteri Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin.


Namun imej bertudung tersebut hanya lah memenuhi tuntutan lakonan dalam drama dan sesi fotografi dalam memperagakan tudung.Chewah! cantik betul apabila Syatilla Melvin berhijab.

Siapa sangka suatu hari nanti Syatilla Melvin bakal mengemparkan indutri tanah air dengan berimej kekal berhijab.

Kan hidayah milik Allah, doakan sahaja yang benda baik-baik. Tak gitu?

Foto comel Syatilla Melvin manis bertudung benar-benar membuatkan hati terpaut dan mereka dikhabarkan akan melansungkan perkahwinan mereka pada pertengahan Februari ini.


Kami bagi pihak Krew dan Wartawan Portal The Sabah Insider.Net mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada  Sam dan Syatilla semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke anak cucu.


No comments:

Post a Comment