PKR BATU SAPI DAPAT SAMBUTAN RAKYAT


Tuesday January 05.2016

OLEH: AZMIE AZMAN




BATU SAPI:- Rakyat di kawasan Batu Sapi mahukan perubahan besar dalam arus pembangunan infrastruktur untuk dinikmati semua lapisan rakyat tanpa mengira idologi fahaman politik yang berbeza.


Kerajaan yang ada sekarang  bersikap deskriminasi dan berat sebelah hanya orang-orang penyokong UMNO/BN saja yang mendapat pelbagai bantuan daripada pemimpin kerajaan yang ada sekarang, sementara orang-orang yang tidak menyertai mana-mana parti komponen BN/UMNO terus terpinggir untuk selama-lamanya  bagi mendapat apa saja bantuan yang disaluran kerajaan.

Ketua Cabangan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Batu Sapi  Haji Basri Ibrahim berkata demikian ketika berucap dimajlis perjumpaan dengan ahli-ahli PKR Cabang Batu Sapi kelmarin.

Katanya rakyat khususnya yang menyokong parti pembangkang dan orang-orang kampung yang lain tidak menyertai mana-mana parti politik khususnya di kawasan Batu Sapi  terus menderita tidak mendapat pembelaan langsung daripada ADUN  Sekong dan Ahli Parlimen Batu Sapi.


“Semakin hari semakin lama ramai di kalangan rakyat mulai sedar tentang kerajaan BN/UMNO mereka kini  menyertai  PKR satu demi satu kerana telah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan BN/UMNO yang bersikap kuku besi” kata Hj Basri.