3 JUTA RAKYAT MALAYSIA TONTON DRAMA AALIA DI PRIMA ASTRO

Tuesday January 05.2016

OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
http://sabahinsider14.blogspot.com


DRAMA bersiri Aalia merupakan drama terbaru yang telah menggantikan slot drama bersiri Senja Permai yang sekarang sedang ditayangkan di  saluran Prima Astro setiap hari Isnin hingga Khamis  kata Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani. Kepada Wartawan Hiburan Portal The Sabah Insider.Net kelmarin.

Menurutnya, Aalia yang akan menjalani penggambarannya sehingga 28 Mei ini di sekitar Kuala Lumpur, Port Dickson, Ipoh dan Cherating dijangka mampu menarik ramai penonton.

Ini kerana katanya, drama yang berkonsepkan sinetron dari Indonesia itu sarat dengan paparan kisah sosial masyarakat Melayu yang penuh dengan konflik dan pertentangan.

"Kebanyakan isu yang diketengahkan dalam Aalia merupakan masalah yang sering berlaku dalam masyarakat Melayu seperti perebutan tanah, suami isteri dan khianat sesama mereka.

"Semua paparan itu digabungkan menjadi satu dan dipaparkan sedikit demi sedikit dari satu babak ke satu babak seterusnya. Ini adalah strategi kami untuk memanjangkan jalan cerita drama ini," jelasnya.

Nizam juga yakin gabungan pelakon baru dan lama dalam Aalia mampu menguatkan lagi gaya lakonan setiap watak yang diketengahkan berdasarkan bakat serta populariti masing-masing.

Malah, pemilihan pelakon yang ditetapkan di saluran televisyen (TV) berbayar itu juga mengambil kira populariti dan juga bakat serta kesesuaian mereka dalam menghayati watak masing-masing.

"Strategi ini biasa digunakan oleh kebanyakan sinetron di Indonesia. Kami mahu gunakan drama bersiri, dokumentari dan travel lodge sebagai pengisian utama di saluran ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Aalia mengisahkan Aalia yang bersopan santun, taat dan setia yang berkahwin dengan Shahril terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya.

Antara dugaan itu apabila Shahril merahsiakan bahawa dia pernah berkahwin dengan seorang gadis selain dicemburui oleh ipar-iparnya yang kurang senang dengan perkahwinan Aalia.
Keistimewaan drama Aalia ialah ia menampilkan gabungan pelakon baru dan lama.

Fazreen Rafi dan Zaryn Min misalnya merupakan pelakon drama TV angkatan generasi baru yang semakin menonjol pada masa ini.

Kedua-dua pelakon itu merupakan antara pelakon baru yang diterapkan menerusi Aaliabersama barisan pelakon lama seperti Fetty Dzul, Rose Iskandar dan Roslan Saleh.


Jelas Fazreen, Aalia merupakan drama bersiri terpanjang iaitu sebanyak 68 episod yang pernah dilakonkannya.
Ia juga merupakan gandingan terbaru pelakon berusia 25 tahun ini dengan aktres Farahdhiya.


"Ini kali ketiga saya berlakon bersama-sama dengan Farahdhiya sebagai suami isteri. Kali pertama melalui drama bertajuk Spa-Q dan kedua Andai Itu Takdir Cinta Kita," katanya.
Heroin lebih tua

Bukan setakat banyak berlakon dengan Farahdhiya dan melakonkan watak suami, malah Fazreen juga sering digandingkan dengan pasangan heroinnya yang lebih tua daripadanya.

Menerusi Aalia, pelajar jurusan Seni Persembahan (Pengarahan), Universiti Malaya itu contohnya, dia digandingkan bersama Zaryn Min yang jauh lebih matang berbanding dirinya.

Kata pelakon yang sudah bertunang sejak setahun setengah yang lalu ini, dia gementar menantikan sambutan para penonton terhadap watak Shahril yang dilakonkannya dalam Aalia.

Tambah Fazreen, Aalia bukan sahaja merupakan watak terpenting yang pernah dilakonkannya menerusi drama TV tetapi ia juga sebagai kayu ukur kemampuannya dalam bidang tersebut.

"Saya rasa takut juga menantikan siaran drama ini. Bimbang pun ada juga andai lakonan saya tidak sampai ke tahap yang sepatutnya.

"Ia mungkin boleh menyebabkan semangat saya jatuh dan boleh menganggu tumpuan saya," ulasnya.

Sebelum berlakon drama, Fazreen terlebih dahulu banyak membabitkan diri dalam pementasan teater termasuklah yang dijayakan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

Antara teater yang pernah dilakonkan oleh pelakon bertubuh tinggi lampai ini berjudulTragedi Tun HamzahBangkaiSelendang SaktiTinggi-Tinggi Si Matahari3 Dara Terbang Ke Bulan dan Misi.

Selain Fazreen, Zaryn juga antara pelakon baru yang diketengahkan dalam Aalia berasa teruja apabila pertama kali diberi watak utama dalam drama bersiri atas jenamaMegadrama itu.

Tutur pelakon berusia 30 tahun ini, dia teruja melakonkan watak Aalia selain berasa gementar apabila digandingkan dengan Fazreen yang melakonkan watak sebagai suaminya dalam drama itu.

Kata Zaryn, dia tidak menafikan berasa sedikit kekok sewaktu mula berlakon dengan Fazreen yang lebih muda daripadanya. Apatah lagi apabila mengetahui rakannya itu adalah tunangan orang.

"Sewaktu berada di lokasi untuk mula-mula berlakon dalam Aalia, saya tidak tahu Fazreen sudahpun bertunang. Tetapi dia awal-awal lagi dia beritahu saya yang dia sudah bertunang.

"Semua itu membantu kami membataskan gaya lakonan kami. Saya juga pernah berjumpa tunang Fazreen di lokasi penggambaran menemani tunangnya itu," ungkapnya secara berterus terang.

Selain Fazreen dan Zaryn, Aalia yang menjalani penggambaran sejak 30 Januari lalu turut dibintangi Hady Tahir sebagai watak Omar dan Airis Yasmin (Liza) dan Miera (Marina).