ADUN TG PAPAT ABAIKAN KEDAIFAN TABIKA KEMAS KG BERHALA DARAT



Saturday January 16.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

TABIKA KEMAS.....Daif betul hingga murid-murid duduk ngelesot di lantai

TANJUNG PAPAT:- Bangunan TABIKA KEMAS Kg Berhala Darat yang terletak di Lorong Jambatan 20 Kampung Melayu Bumiputera Sim-Sim yang terlibat dalam tragedy kebakaran pada Julai 2015 sehingga kini belum lagi dibaik pulih.

Disebabkan TABIKA KEMAS itu kini belum mempunyai bangunan lantas mereka  telah menyewa rumah di Lorong 3/C Rumah Murah Sim-Sim  dengan kadar bayaran sewaan sebulan RM600.00


Yang amat  menyedihkan sekali sehingga guru-guru TABIKA KEMAS itu   terpaksa meminta-minta macam pengemis dengan orang ramai dan pihak-pihak tertentu untuk membeli peralatan seperti kerusi meja dan lain-lain barangan keperluan.

Tidak mana kah letaknya tanggungjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tanjung Papat yang telah dipilih oleh rakyat beberapa penggal kekal  jadi ADUN Tanjung Papat.

Kenapa membiarkan masalah TABIKA KEMAS Kg Berhala Darat sehingga kritikel mana tanggungjawab Pejabat KEMAS Sandakan di bawah urus tadbir Jabatan Perpaduan Negara mereka  tidak  rasa malu kah  kalau nanti guru-guru TABIKA jadi pengemis minta sana minta sini bantuan kerana TABIKA KEMAS terlalu daif.

Wartawan portal The Sabah Insider.Net   difahamkan terdapat bangunan TABIKA KEMAS  Sinar Harapan akan diubahsuai untuk jadikan Balai Raya  jika benar kerajaan akan menyalurkan peruntukan untuk projek tersebut ini satu pembaziran untuk kepengtingan kroni-kroni  UPPM dan ADUN Tanjung Papat sahaja.

Sedangkan kedudukan TABIKA KEMAS Kampung Berhala masih lagi lugai-lugai terbiar tanpa diambil perhatian langsung oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN)  sehingga tergamak melihat nanti guru-guru TABIKA KEMAS itu jadi peminta sedekah kerana tidak mendapat bantuan walaupun satu sen dari kerajaan BN.

Seorang ahli parti pembagkang DAP Basith Hj Othman yang prihatin terhadap nasib malang itu  telah menemui para guru berkenaan  mereka  menceritakan  semuanya tentang kesusahan yang kini dialami oleh pentadbiran TABIKA KEMAS yang langsung para pemimpin kerajaan BN daripada JKKK Ketua Kampung sehinggalah Wakil Rakyat Tanjung Papat sendiri turut tidak memperdulikan masalah tersebut dibiarkan begitu  sahaja sekian lama.



No comments:

Post a Comment