MPS GAGAL SELESAIKAN MASALAH PASAR BANDAR NAM TUNG...DAP

Monday January 11.2016

OLEH: KREW DAP


SANDAKAN:- Ahli parlimen Sandakan YB Stephen Wong Tien Fatt (DAP) berkata bahawa MPS dan pihak berkuasa yang berkenaan haruslah menyelesaikan masalah kekurangan pembangunan infrastruktur asas dan sistem pembetungan di Pika Realty, bandar baharu yang terletak tepi pantai Bandar NamTong, sebelum menjadualkan pemindahan penjaja Pasar Tanah Merah ke pasar di sebelahnya.


Kata   Stephen Wong Tien Fatt (DAP) memberi kenyataan tersebut selepas melawat ke pasar baharu dekat dengan Pika Realty bersama pembantu khas beliau Amsi Liew dan kakitangan pejabat Parlimen.


Beliau juga berpendapat bahawa memang tidak dapat dinafikan bahawa pasar Tanah Merah sudah lama dan amat memerlukan pasar baharu untuk penempatan semula penjaja di Pasar Tanah Merah. Namun begitu, MPS dan pihak berkuasa yang berkenaan haruslah mengambil tindakan untuk menangani isu-isu keselamatan dan kebersihan di Pika Realty yang bersebelah dengan Pasar Baharu yang akan digunakan oleh penjaja Pasar Tanah Merah, sekiranya tidak, bukan sahaja penjaja takut untuk berniaga di pasar tersebut, orang ramai pun teragak-agak untuk belanja di situ.



Selain itu, beliau juga menyatakan kebimbangan tentang kekurangan sistem perparitan di sekeliling pasar tersebut, kerana beliau tidak ada nampak apa-apa pembinaan longkang di sekeliling situ ketika melawat ke sana. Beliau juga berkata bahawa isu perumahan haram di kawasan tersebut juga harus dipertimbangkan dan diatasi serta berharap pemindahan tersebut tidak melaksanakan secara tergesa-gesa.

No comments:

Post a Comment