RAMAI GILAKAN PANGKAT DATUK SERI PALSU SANGGUP BAYAR RM90.000 RIBU


Monday January 11.2016

Saripah Murliani (tengah depan) yang mendakwa dirinya Raja Kerinchi Tinggi Sumatera atau Bonda Ratu dalam satu majlis  di Sungai Rambai, Melaka.


OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
www. Sabahinsider14.blogspot.com


MELAKA:- Orang ramai yang tergila-gilakan  darjat dan pangkat anugerah yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri  semakin ramai jumlah dari masa kesemasa yang menerima anugerah tersebut dari seorang yang menamakan dirinya Saripa Murliana .

Saripa yang mendakwa dirinya Raja Kerinchi Tinggi Sumatera atau gelaran lain sebagai Bonda Ratu di mana tiga hari lalu sepatutnya berlangsung majlis penganugerahan darjah dan pingat oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya Raja Kerinchi Tinggi Sumatera.

Berdasarkan kad jemputan majlis itu akan diadakan di Sungai Rambai Melaka.

Bagaimanapun kepantasan pihak polis menahan wanita itu berjaya menghalang satu lagi penganugerahan darjah dan pingat yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

RANI KONTOL KULUP....Turut Menerima darjah kebesaran palsu daripada Saripa di Melaka,


Hakikatnya, majlis seumpama itu bukanlah pertama kali berlaku malah sudah beberapa kali diadakan sehingga mewujudkan ramai yang bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' palsu.

 Persoalannya  kenapa perbuatan yang dianggap menghina institusi raja-raja tidak mampu dibanteras? Apakah puncanya? Apa modus operandi di sebalik penganjuran majlis tersebut?
 

Dalam laporan khas kali ini, wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan MOHAMMAD YASIR JAAFAR  mendedahkan 'kegilaan' menganugerahkan darjah dan pingat oleh individu yang mendakwa mereka berasal daripada keturunan raja atau pewaris sesuatu kesultanan.
  Tiada undang-undang khusus bagi mengawal perbuatan individu tertentu menganugerahkan darjah dan pingat sesuka hati dengan menggunakan pelbagai gelaran memungkinkan jumlah mereka yang bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' tidak diiktiraf oleh kerajaan mencecah ribuan orang.
 

Sumber memberitahu, ia berdasarkan jumlah penerima setiap kali majlis tersebut diadakan iaitu antara 100 hingga 200 orang.

"Dalam setahun tidak kurang tujuh majlis penganugerahan pingat dan darjah yang tidak diiktiraf oleh kerajaan negara ini diadakan setiap tahun.
Kalaulah untuk satu majlis ia melibatkan 100 penerima, kalau tujuh majlis sudah 700 orang penerima. Kiralah berapa banyak pingat dan darjah yang diberikan. Tambahan pula majlis seumpama itu sudah berlanjutan sekian lama," kata sumber tersebut kepada Mingguan Malaysia.
 
Kontroversi berhubung darjah dan pingat yang tidak diiktiraf sudah lama berlaku di negara ini, ia termasuklah melibatkan individu yang mengaku 'Sultan Melaka', wanita tukang urut mendakwa sebagai 'Raja Kerinchi Tinggi Sumatera, Indonesia' atau Bonda Ratu, Kesultanan Sulu yang dianugerah oleh Jamalul Kiram III, keturunan Naning dan Raja Sukakata, Paku Buwono XIII.

 Walaupun susun galur keturunan yang didakwa oleh individu-individu berkenaan khususnya daripada negara ini amat meragukan dan boleh dipertikaikan, namun tetap wujud individu lain sanggup menerima pingat yang dianugerahkan.

"Kalau dilihat kepada sebut gelaranpun sudah meragukan apabila ada antara mereka sewenang-wenangnya memakai gelaran 'Duli
Yang Maha Mulia...' sedangkan ia hanya layak digunakan oleh raja-raja Melayu yang sah," kata sumber itu.
 
Kesemua anugerah oleh individu berkenaan melibatkan darjah atau pingat membawa gelaran 'Datuk' atau 'Datuk Seri', malah difahamkan ada pula yang sanggup menukar gelaran 'Datu' kepada 'Datuk'.
 
Ketika ditanya kenapakah individu tertentu begitu beria-ia benar mahu mendapatkan gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri', sumber itu berkata, melalui gelaran tersebut ia boleh meningkatkan imej mereka di mata masyarakat.

"Kalau sekadar untuk menaikkan imej sahaja tidak ada masalah tetapi malangnya siasatan juga menunjukkan ada yang menyalahgunakan anugerah itu bagi tujuan jenayah termasuk melakukan penipuan dalam perniagaan," kata sumber itu.

 Sumber berkenaan juga mendakwa, sebahagian besar penerima pingat atau darjah membawa gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' tidak mempunyai apa-apa jasa yang boleh dibanggakan, malah ada antara berusia awal 20-an.

Wartawan Media Portal The Sabah Insider.Net akan  sentiasa  mengikuti perkembangan selanjutnya pemberian anugerah yang tidak becus itu ini merupakan satu penipuan.

Sabahinsider difahamkan  orang yang terlibat sama menerima anugerah palsu ialah Abdul Rani Kulub di mana  beliaupun ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan lanjut mengenai pemberian  darjah kebesaran palsu itu.

Ada sesetengah orang sanggup membayar untuk mendapatkan anugerah palsu dengan nilai harga RM90.000 hingga RM100.000 yang membawa gelaran Tan Sri Datuk Seri dan Datuk sedangkan  anugerah darjah kebesaran itu tidak diikhtraf oleh kerajaan  Malaysia hanya pingat darjah kebesaran yang disampaikan oleh raja-raja dan sultan Melayu atau Tuan Yang Terutama (TYT) di negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan seperti Sabah-Sarawak Melaka dan Pulau Pinang baru diikhtiraf.

Sekarang kalau seseorang mempunyai gelaran Datuk Datuk Seri tetapi kalau perangai persis macam iblis dan setan tak ada sesiapa yang hormat kalau anugerah palsu membawa gelaran  Datuk untuk nama dan pangkat saja buat apa kalau kerjanya selalu menipu orang kelentong sana kelentong  sini untuk cari makan yang cara tidak halal dapat rezeki.