SELAMAT PENGANTIN BARU STACY-AKIM DAN MARSHA-MOHD NIZAM SEMOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU


Monday January 11.2016

OLEH: KAMARUDIN ZAMAN

 

KUALA LUMPUR:- Dua artis dari Sabah seorang penyanyi dan seorang pelakun dan penyanyi berketurunan Kadazan-Dusun niat hendak memeluk Islam nampaknya sudah berhasil dan tercapai apa yang dicita-citakan mereka selama ini


Penyanyi dan pelakun yang dimaksudkan telah memeluk Islam sebagai saudara baru (mualaf) ialah Stacy Angie  Anam dan Marsha Milan Londoh anak kelahiran Tamparuli.

Stacy telah memeluk Islam di Pejabat Agama  Islam Johor pada  24hb Ogos 2015 lalu.


Stacy memeluk Islam kerana berkahwin dengan penyanyi Akim Ahmad

Sementara Pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh, 30, mengesahkan telahpun  mengadakan majlis perkahwinan di sebuah hotel terkemuka di sini, pada 8 Januari lepas
Marsha dikatakan telah  bernikah dengan pasangannya Mohamed Shaiful Nizam seperti yang tercatat pada kad undangan perkahwinannya yang tersebar di Internet sejak pagi tadi.
Ditanya sama ada dia sudah memeluk Islam, penyanyi berasal dari Tamparuli, Sabah itu enggan mengulas.

Kami daripada media Portal Online The Sabah Insider.Net mengucapkan  Selamat Pengantin Baru kepada dua pasangan mempelai itu Stacy-Akim dan Marsha-Mohd Nizam semoga bahagia hingga ke anak cucu dan jadilah seorang muslimah yang mengikut perintah Allah.

No comments:

Post a Comment