ADUN SEKONG-MP BATU SAPI PERLU BAIKI KEROSAKAN JAMBATAN KG ISTIMEWA

Thursday January 21.2016

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

BATU SAPI:- Jambatan Kampung Istimewa dalam Kawasan Parlimen Batu Sapi  DUN Sekong perlu  dibaiki segera untuk keselesaan penduduk setempat kerana jambatan itu  kelihatan hampir usang.

Semua ini adalah tanggungjawan pihak Jabatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  dan juga Ketua Kampung memberi laporan kepada pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan Sekong tentang segala permasalahan dalam kampung berkenaan agar pihak-pihak tertentu dapat mengetahui apa yang telah berlaku di Kampung Istimewa.

Tugas peranan dan tanggungjawab JKKK dan Ketua Kampung adalah untuk menerima maklumat daripada kerajaan disamping menyampaikan dan menyalurkan hasrat rakyat kepada pemimpin.

Diharap bila Ahli Parlimen Batu Sapi dan  ADUN Sekong terbaca berita ini yang tersiar di portal Sabah Insider.Net harap akan diambil tindakan segera  keatas kerosakan jambatan yang dimaksudkan itu demi kesejahteraan penduduk Kampung Istimewa menikmati kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan.








No comments:

Post a Comment