BENARKAH PELAKUN ANZALNA NASIR PUNYA HUBUNGAN SULIT DENGAN PELAKUN HISYAM HAMID?

Tuesday January 05. 2016

OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
http://sabahinsider14.blogspot.com

DIKATAKAN Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba aktres Anzalna Nasir telah dikaitkan dengan aktor yang berasal dari Singapura, Hisyam Hamid. Malah, mereka berdua dikatakan menjalinkan hubungan cinta secara senyap-senyap.

Sudah pastilah perkara ini memeranjatkan kerana Anzalna Nasir seperti yang diketahui ramai sudah pun memiliki teman lelaki, manakala Hisyam Hamid pula sudah berumahtangga.

Ada apa Anzalna dengan Hisyam sebetulnya?

Jangan salah faham kerana Anzalna dan Hisyam hanya bercinta menerusi drama terbaru yang bakal ditayangkan di Astro Bella dan Astro Mustika HD, Memori Cinta Suraya.

Sudah menjalani penggambaran semenjak setahun lalu, penerbitan drama bersiri sebanyak 148 episod ini menggandingkan kerjasama tiga pihak iaitu Azteca, salah satu pengeluar rancangan televisyen Bahasa Sepanyol terbesar di dunia bersama Astro dan Global Station.

“Drama bersiri ini merupakan adaptasi daripada sebuah produksi di Mexico, A Love to Remember. Menerusi Memori Cinta Suraya, saya menghimpunkan 30 orang bintang ternama sebagai pelakon dan penggambaran yang sudah berlangsung selama setahun bakal tamat pada September ini,” kata Datin Zaiton Muhd. Jiwa selaku penerbit syarikat produksi Global Station Sdn Bhd.

Bukan sahaja Anzalna dan Hisyam, drama bersiri ini menggandingkan barisan pelakon seperti Miera Leyana, Afiq Muiz, Iqram Dinzly, Tunku Hanis, Syuhaida Abraaz, Kay Khidir, Arash Mohd, Watie Sadali, Liza Abdullah dan ramai lagi bintang ternama.

Istimewanya Memori Cinta Suraya ini, ia juga bakal menjengah peluang untuk dialihbahasakan dan dipasarkan kepada negara-negara lain kerana kerjasama yang terjalin antara Azteca, Global Station dan Astro ini.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Memori Cinta Suraya yang bakal keudara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 17 Ogos ini di Astro Bella dan Astro Mustika HD.

Saya sebagai Wartawan Hiburan di portal The Sabah Insider.Net Kuala Lumpur terus terang saya katakana  watak yang menjengkel ialah lakunan Miera Leyana sebagai Arina betul-betul membuat orang meluak bila melihat lakunannya.


Saya memang sejak dari dulu meminati lakunan Miera Leyana masih lagi dia remaja sehingga dewasa teruskan usaha mu dalam bidang lakuknan kami sebagai wartawan sentiasa mendukung apa saja perananmu dalam lakunan Drama dan Telemovie.

No comments:

Post a Comment