BETUL KAH DAP-PKR AKAN JUAL MALAYSIA?

Monday February 01.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

SEBAGAI penulis atau siapa saja yang otak waras, kala bercakap menulis biarlah lojik alias masuk akal dan bukan seperti kebudak-budakan.

Kekadang cara kita menulis dengan bahasa yang kasar dan kesat bisa saja dinilai sejauh mana gejolak rasa dalam hati kita dan itulah boleh kita ketahui sikap dan tabiat serta olah seseorang itu meski tidak pernah ketemu.

Misalnya mengatakan DAP itu komunis dan kemudian sekongkol dengan PKR mahu jual Malaysia.

Bila disebut komunis, siapa saja yang mula2 buat hubungan diplomatik dengan cina komunis kala sesudah merdeka dulu? bukan Tun Razak sendiri?

Cina sekarang bukan macam dulu, cina sekarang jauh berbeda dan cina lebih baik banding Amerika dan negara barat sendiri.

Kita jangan lupa kalau bukan kerana CHENG HO rasanya Islam di Malaysia bakal berkembang agak lambat dan kerana Cheng Ho lah parameswara masuk Islam dan Islam mula berkembang di Melaka abad ke-15.

Lagi Cina bukan sebuah negara yang kecil dan sekitar 1/3 dunia ini milik cina dan rakyatnya ada di mana-mana di pelusuk dunia dan dalam sejarah Cina rasanya tak pernah merampas hak Melayu seperti bangsa-bangsa lain.


Jadi, tuduhan konon DAP itu komunis tentu tidak betul kerana ucapan itu dikatakan kesan sakit hati dan kesan dirasuk setan benci tanpa bukti kukuh.

Lalu dikatakan DAP dan PKR bakal jual Malaysia dan ini lagi sesuatu yang tidak benar sebab dalam PKR itu sendiri ramai Melayu dan ramai kaum bumiputera, tentu tidak mungkin akan sekongkol dengan DAP jika tuduhan itu benar dan inilah andaian FITNAH yang jahat tak masuk akal.

Kita harus sedar Pinang di bawah DAP dan Selangor di bawah PKR. Kedua negeri ditadbir sama oleh PKR dan yang jelas ikut audit negara, laporan kewangan di kedua negeri cukup baik dan rasuah jauh berkurangan banding negeri bawah BN.

Cuma kekadang baik TV dan Utusan selalu saja membesar-besarkan perkara yang kecil hingga seolah kerajaan di kedua-dua negeri itu tidak bijak mentadbir.

Ingatlah, baik tulisan atau kata-kata yang kita lontar akan diperhatikan oleh Malaikat dan Allah siap tahu dan bakal menghukum sesiapa saja yang berkenaan di akhirat nanti.

Tidak mengapa, kalau yang berkenaan boleh tunjukkan bukti dengan jelas hal yang dimaksudkan dan saya tidak begitu yakin demikian sebab DAP hanya kuasai bandar dan sekarang ini mereka punya 33 kerusi MP, sedang 189 kerusi MP dimiliki oleh bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain, malah dari sejumlah 33 kerusi itu tidak semuanya bangsa cina, malah ada seorang dua bangsa lain.

Menulislah dengan penuh tanggungjawab dan elak menjadi fitnah yang siap nanti dibawa ke akhirat.

No comments:

Post a Comment