PERJUANGAN PAKATAN HARAPAN DAPAT RESPON PENDUDUK BATU SAPI


Monday January 11.2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogdspot.com


SANDAKAN:- Untuk meneruskan perjuangan parti PAKATAN HARAPAN yang menggabungkan dua  buah parti pembangkang antara DAP dan AMANAH sehingga titisan darah terakhir pantang mundur sebelum ajal mereka masuk kampung keluar kampung untuk mengagih-agihkan risalah tentang perjuangan PAKATAN HARAPAN yang sebenarnya.

Amsi Liew Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  bersama Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Sabah Haji Hamzah Hj Abdullah telah mengetuai rombongan itu  masuk kampung keluar kampng  untuk suai kenal dan  disamping melaksanakan program Edar Risalah dan Buletin PAKATAN HARAPAN.

Antara kampung yang dilawati ialah  Kampung Setinggan  belakang PGA Jalan Pelabuhan, Kampung Karamunting Lama dan Baru  Jalan Batu Sapi termasuk Kampung Tabah dan Kampung Lupak Meluas Jalan Batu Sapi.


Kata Haji Hamzah program itu  sukses dan mendapat respon positif  di kalangan penduduk-penduduk persekitaran atas info dan misi perjuangan PAKATAN HARAPAN menentang kezaliman kerajaan UMNO/BN demi kesejahteraan dan SELAMATKAN MALAYSIA MALAYSIA.

“Sekarang rakyat bukan saja bangsa Cina, Kadazan-Dusun-Murut dan India anti kepada pemimpin kerajaan BN/UMNO bahkan  orang-orang Melayu sendiri 70 peratus sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan BN/UMNO  kita lihat nanti PRU14 nanti” katanya.