MANGSA KEBAKARAN KG SUNGEI KAYU HUJUNG DAPAT BANTUAN PRIBADI......ZAKARIA


Rabu Januari 27.2016

Gambar Kelihatan......Zakaria (tengah) menyampaikan bantuan kepada salah seorang ahli keluarga mangsa kebakaran semasa lawatan beliau ke tapak kebakaran di Kampung Sungai Kayu Hujung kelmarin

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Datuk Zakaria Haji Mohd Edris telah melawat tapak kebakarandi Kampung Sungai Kayu Hujung kelmarin (Isnin).

Beliau turut menyampaikan bantuan berbentuk makanan dan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Zakaria yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Libaran meminta mangsa supaya bersabar dan berharap bantuan akan dapat sedikit banyak membantu meringankan sedikit beban mangsa.

Menurut beliau, pihak Kebajikan telah memberi makanan bermasak selama tiga hari kepada mangsa dan juga bantuan alat-alat lain

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri  turut memberithau bahawa pihaknya akan berbincang bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Majlis Perbandaran Sandakan untuk mengenalpasti apa bentuk bantuan selanjut yang akan diberikan kepada mangsa kebakaran.

Hadir bersama  Zakaria semasa lawatan ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sandakan, Majlis Perbandaran Sandakan, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Sungai Sibuga dan DUN Gum Gum serta isteri beliau Datin Raisah Jubar.

Tiga buah keluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan tiga buah rumah di Kampung Sungai Kayu Hujung di Batu 7 pada pagi Sabtu lepas. 

Difahamkan mangsa-mangsa kini menumpang sementara di rumah saudara mara serta jiran berhampiran.





No comments:

Post a Comment