WONG DAKWA PUNCA KAPAL MINYAK TERBAKAR KERANA ENGGAN MEMATUHI CIRI-CIRI KESELAMATAN


Sunday January 10. 2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com






SANDAKAN:-  Syarikat perkapalan yang terlibat dalam tragedy kebakaran yang membabitkan  kapal kumpit minyak petrol Filipina ini adalah disebabkan mereka enggan mematuhi ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan.


Ekoran tragedy kebakaran itu ia membabitkan 2 buah kapal yang berhampiran dan yang menyebabkan kematian 1 orang dan 4 orang yang lain cedera.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong berkata  kejadian baru-baru ini mereka dikatakan mengangkut minyak petrol dan barang-barang yang lain di mana  tragedy itu  berlaku ditepi laut Kampung Cenderamata Sapi  dan ini menimbulkan kebimbangan dan ketidakpuasan hati para pengusaha kapal berdekatan, risau perkara yang tidak diingini akan berulang lagi.

Wong berkata, jika pihak agensi dan jabatan kerajaan turut berpendapat bahawa syarikat perkapalan tersebut tidak mengikuti peraturan operasi, maka pihak penguatkuasa harus mengambil tindakan segera untuk menghalang syarikat perkapalan tersebut mengangkut barang-barangan termasuk minyak petrol di kawasan perairan berkenaan.

Pada pandangan Wong, pihak penguatkuasa harus mengambil tindakan segera, jangan tunggu sehingga kemalangan berlaku.

Kata Wong, para pengusaha kilang kapal di kawasan sekitar pernah mengadu bahawa, nasib baik semasa kebakaran berlaku tiupan angin bukan ke arah kawasan kilang, jika tidak teruk akibatnya.

Berhubung dengan perkara ini, Wong telah bertemu dengan pihak Bomba Sandakan dan pihak KPDNKK, untuk mengikuti perkembangan siasatan. Wong berkata, sedangkan pihak APMM juga menyatakan kawasan kejadian tidak sesuai untuk mengangkut barang, mengapakah syarikat tersebut masih beroperasi di lokasi tersebut dan pihak penguatkuasa tidak melarangnya?

Wong juga menggesa pihak KPDNKK menjelaskan dari mana datangnya minyak petrol RON97 yang diangkut oleh kapal kumpit tersebut? Dihantar ke mana? Sandakan tidak dibekalkan minyak petrol RON97, mengapakah kapal kumpit tersebut terdapat 470 tong minyak petrol RON97 yang berjumlah 44ribu liter?

Wong mencadang, pada masa kelak, mana-mana syarikat yang mengangkut atau memunggah bahan mudah terbakar seperti minyak petrol dan diesel di jeti atau lokasi lain, harus mendapat kebenaran daripada pihak bomba. 

Untuk pengetahuan, pada hari kebakaran tersebut, pihak bomba tidak  mengetahui bahawa syarikat tersebut mengangkut minyak petrol di lokasi berkenaan.


   

No comments:

Post a Comment