BENGKEL KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DAPAT SAMBUTAN….NORAINI


Sunday January 31.2016

OLEH SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogsopt.com

SANDAKAN:- Pendedahan  beberapa perkara dalam pelbagai aspek kepada murid-murid sekolah rendah adalah untuk meningkatkan pembentukan minda kearah positif.

Ini memang perlu perkara-perkara positif dalam pelbagai aspek didedahkan supaya mereka dapat menambah ilmu pengetahuan yang lebih mendalam khusus dalam soalan  permasalahan matematik.


Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong berkata demikian ketika berucap dimajlis penutupan Bengkel Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang bertemakan Memekar Bunga  Minda anjuran bersama Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan dan SAKAMOTO (M) di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.
 
Kata Noraini memang tidak dinafikan ramai pelajar Melayu kurang mahir dalam ilmu kira-kira atau matematik berbanding pelajar-pelajar bangsa lain.

“Saya harap apabila mereka telah mengikuti bengkel walaupun singkat masanya cuma sehari saja,  saya percaya segala ilmu yang didedahkan oleh tenaga pengajar (instructor) kepada semua murid-murid yang telah mengikuti bengkel ini dapat dimenfaatkan  sepenuhnya” kata Noraini.





No comments:

Post a Comment