DERITA PENDUDUK KG MANGARIS KOTA MARUDU KINI REDAH KERANA DAPAT BEKALAN AIR BERSIH

Wednesday  January 27.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

KOTA  MARUDU:-  Derita yang ditanggung oleh penduduk-penduduk Kampung Mangaris Satu Kota Marudu berapa hari ini kerana ketiadaan air akibat kemarau kini masalah mereka telah dipantau oleh pihak kerajaan.

Kelmarin orang-orang kuat Ahli Parlimen Kota Maradu Datuk Dr Maximus Ongkili telah masuk kekampung berkenaan  bersama-sama  sebuah jentera Bomba bagi mengagih-agihkan air bersih kepada penduduk-penduduk Kg Mangaris yang amat memerlukan bekalan air bersih bagi kegunaan harian  khususnya untuk  air  memasak dan minum.

Sebelumnya adapun perigi gravity yang dibuat oleh kerajaan kini telah kering kontang disebabkan ketiadaan bekalan air bersih sebagai sumber untuk kegunaan harian minum dan mandi mereka terpaksa berjalan berbatu-batu jauhnya untuk sampai ke sungai bagi  mendapatkan bekalan air yang kualitinya belum tentu terjamin.
 
Wartawan portal The Sabah Insider.Net yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa keadaan kampung berkenaan mereka 70 peratus adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional (BN)

Adalah diharap mereka supaya berjimat cermat menggunakan air di musim kemarau dan air sungai boleh juga digunakan untuk mandi mencuci sahaja kalau buat air minum dikhuatiri mempuyai bakteria yang boleh mengancam kesihatan manusia.









No comments:

Post a Comment