LEBIH 1,000 PENDUDUK DUN GUM-GUM BAKAL MENIKMATI BEKALAN AIR BERSIH....KATA ZAKARIA

GAMBAR KELIHATAN…..Zakaria menyampaikan hamper kepada seorang penerima semasa program MEMBARA Jasa Mu Dikenang


OLEH: BERKURAPAN A/L BERPANUAN


GUM GUM:-  Lebih 1,000 penduduk di tiga buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum bakal menikmati bekalan air bersih tidak lama lagi dengan pelaksanaan projek bekalan air bersih yang menelan belanja lebih kurang RM 40 juta untuk dibina.

Projek bekalan air bersih di Kampung Jaya Bakti, Sungai Memanjang dan Kampung Satura telahpun mendapat kelulusan daripada Kerajaan dan tender pemasangan paip kini sedang dibuka, Ahli DUN kawasan berkenaan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris memberitahu media semasa Konvoi Program “Membantu Rakyat (MEMBARA) Jasa Mu Dikenang” di Kampung Jaya Bakti kelmarin.

Katanya, peruntukan itu tanda Kerajaan peka dengan keperluan rakyat terutama di kawasan luar bandar dan akan terus berusaha untuk memenuhi keperluan yang mendesak seperti air bersih.

Zakaria berkata, dengan bekalan air bersih itu nanti akan dapat meringankan beban tentang kesukaran penduduk mendapatkan bekalan air ketika kemarau.

Sebelum ini penduduk di tiga kampung yang terletak berdekatan dengan beluran dan Sandakan dipertengahan, bergantung sepenuhnya kepada air hujan, air telaga untuk kegunaan harian.

Beliau turut mahu, penduduk, Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan JKKK di tiga kampung berkenaan memberi kerjsama sepenuhnya serta membenarkan pihak kontraktor yang dilantik untuk pemasangan paip di kawasan tanah mereka.

Jelasnya, langkah itu bagi mempercepatkan proses penyaluran bekalan air bersih di kawasan mereka sampai ke kawasan masing-masing, jelas Zakaria yang juga Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri.

Selain itu beliau mahu seluruh masyarakat dapat terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan BN bagi memastikan kemakmuran dan nasib rakyat di negeri ini terus dibela.

Sementara itu, program  MEMBARA merupakan inisiatif berterusan kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat terutama golongan yang memerlukan dan bukti kerajaan BN sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat di pelbagai peringkat, kata Zakaria.

Tujuan utama sekurang-kurangnya bantuan ini tidaklah boleh menyelasaikan masalah tapi sekurang-kurangnya menunjukkan ingatan kepada pesara kerajaan dan swasta itu kita sentiasa ada hubungan di antara pemimpin dan rakyat disamping itu juga kita dapat bertanya dan berjumpa kepada masyarakat di dikampung ini apa masalah yang harus boleh diselesaikan,” tambah belia


No comments:

Post a Comment