PEMIMPIN RAKUS ANAK JATI SABAH JADI PELARIAN DITEMPAT SENDIRI AKIBAT TANAH DIRAMPAS


Saturday May 14/2016


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com


DI sebuah rumah hanya didiami oleh ayah dan ibu serta anak-anak sekurang ada lima.

Bila kawin maka lagi bertambahlah ahli keluarga kesan cucu, lalu apa sudahnya?

Biasa orang tua kita punya tanah seekar dua kesan zaman penjajah dan sesudah merdeka dan sesudah sekian lama untuk mendapatkan tanah susahnya bukan main/kalau dapatpun hanya untuk berumah dan itupun kena melalui orang kenamaan.

Di Sabah ini tanah begitu luas dan cukup untuk anak cucu cicit kita tetapi kesan individu kalangan pemimpin terlalu rakus dimohon ribu ekar atas nama syarikat dan segera lulus sebab di dalamnya ada pemohon tersembunyi iaitu yang namanya sang menteri.

Secara diam-diam mereka mohon tanah adat yang sudah didiami sejak ratus tahun dan di sanalah orang dusun/mereka bercucuk tanam termasuk disemadikan dan sesudah tuan tanah baru punya geran, lalu yang bertahun tinggal dikatakan penceroboh, penjenayah dan harus dihalau sebab sama macam lanun.

Nah, keadaan semacam inilah yang terjadi di Sabah dan keadaan ini cukup menyedihkan, kira-kira siapa yang disalahkan kala sendiri yang memberikan kuasa hingga sirakus berkuasa dan kian rakus sikapnya mahu merangkul semua apa saja khazanah negara bangsa.

Jangan salahkan ibu mengandung sebalik salahkan diri sendiri yang terlalu baik hati menyebabkan BN berkuasa kesan telinga jadi tuli dan mata jadi buta kesan tangki biru dan BR1M yang menutup mata rakyat jelata.

Tiba2 saja orang Tawau dapat tanah di Tenom dan orang Sandakan punya tanah ratusan ekar di Sook dan 3,600 ekar di Klias milik syarikat cina Sarawak dan bukit-bukti  sudah milik orang lain sedang pulau dikasih anugerah kepada pemimpin yang konon berjasa memenagkan parti dan segalanya digadai dan banyak sangat Tuan Tanah Kedawung di Sabah ini.

Akhirnya orang sabah kalangan Dusun/KDM, brunei, bajau mahu tinggal di mana dan anak-anak nanti membina rumah di mana tanahnya sedang tanah sekangkang kera jadi rebutan gaduh adek beradek hingga sanggup berpatah arang lari meninggalkan kampung halaman tak pulang-pulang  ke tanah asal.

Untuk mendapatkan tanah memang susah tetapi pemimpin begitu mudah memiliki bukit di Membakut, juga di Tenom dan beaufort serta di sekitar Tawau sedang rakyat untuk mohon tanah tempat persemadiannya susahnya setengah mati akhirnya mati macam india dilontar habuk ke sungai Gangga.

Akhirnya orang lokal dihalau menjadi pelarian di bumi sendiri kesan kebodohan diri menyerahkan segalanya dan tidak hairan nanti menyembah jadi kuli hamba abadi dikutuk hina taraf sama pelarian atau pendatang tanpa izin.

Kita lihat nanti!


No comments:

Post a Comment