Monday May 09/2016
GAMBAR KELIHATAN…….LINDA
MENYAMPAIKAN CENDERKENANGAN KEPADA THIEN SAMBIL DIPERHATIKAN PEMIMPIN PARTI
LAIN
OLEH: SONTOLOYO
TUNTALOU
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:
Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menangani insiden
penculikan untuk tebusan di perairan Pantai Timur Sabah adalah untuk menjaga
keselamatan rakyat jelata.
“Tindakan sedemikian
perlu oleh kerana penculikan untuk tebusan telah sering berlaki di
perairan Sandakan dan Pantai Timur Sabah secara amnya,” kata Ketua Bahagian PBS
Elopura Datuk Linda Tsen Thau Lin ketika berucap di Mesyuarat Agung Tahunan
bahagian tersebut di sini kelmarin.
Langkah-langkah itu
termasuk perintah berkurung dan baru-baru ini larangan perdagangan tukar barang
dengan negaran jiran di Pantai Timur Sabah, tambah beliau.
“ Tindakan-tindakan ini
mungkin menyusahkan sesetengah pihak, tetapi adalah perlu untuk menjaga
keselamatan rakyat jelata,” kata Linda.
Dalam perkembangan lain,
satu masalah di Kawasan Elopura yang telah mendapat perhatian orang ramai ialah
kejadian tanah runtuh dari lereng bukit di Taman Indah Jaya. Dengan kerjasama
daripada pihak Majlis Perbandaran Sandakan, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan
Perhutanan Sabah, pelan penyelesaian telah ditemui, dan kini kita menunggu
peruntukan dari Kerajaan untuk melaksanakan pelan ini, katanya lagi.
Kita menghadapi banyak
cabaran dan salah satu daripadanya ialah fenomena El NiƱo yang
mengakibatkan kemarau panjang dan jerebu tahun lepas dan tahun ini. Dengan
adanya hujan dan dengan langkah-langkah tebatan dan pencegahan yang telah
diambil oleh Kerajaan, kerosakan telah diminimakan, kata Linda.
Satu lagi cabaran ialah
kejatuhan harga minyak mentah dan komoditi lain.
Beliau yang juga Ahli
Parliment Batu Sapi, berkata dengan perlaksanaan langkah-langkah berjimat
cermat oleh kerajaan dan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan, impak
negatif kejatuhan harga ini telah dapat dikurangkan.
“Kita juga sedar bahawa
masalah kelembapan ekonomi turut melanda Sandakan. Di parlimen, saya telah
meminta Kerajaan Persekutuan membantu mengatasi masalah ini dengan menjadikan
Lapangan Terbang Sandakan satu hub untuk menarik lebih banyak penerbangan dan
lebih ramai pelawat ke Sandakan,” tambah Linda.
“Dengan penambahan
bilangan pelawat ke Sandakan, adalah diharapkan industri pelancongan dan
kegiatan ekonomi boleh digalakkan,” katanya.
Sementara itu, tetamu
kehormat Datuk Thien Fui Yun yang merupakan Naib Presiden parti merangkap Ketua
Bahagian Gum Gum, dalam ucapan perasmian beliau berkata, dalam 31 tahun sejak
penubuhan parti, PBS mengamalkan sikap kerjasama dan toleransi antara
semua kaum di negeri Sabah.
Kita sedar bahawa perpaduan
merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan
kedamaian rakyat di Sabah, khususnya negara Malaysia. Negara yang aman dan
damai dapat manjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya, kata Thien lagi.
Lebih dari 300 ahli dari
Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura menghadiri mesyuarat agung tahunan
yang diadakan di sebuah restoran terkemuka di sini kelmarin.
Turut hadir ialah
Pengerusi Tetap Mesyuarat merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah
Ahli Chin Tet Min, AMT Chin Tzu Min, Ketua Bahagian Karamunting Kong Nyuk Thou
dan barisan AJK Bahagian dan ahli-ahli parti.
No comments:
Post a Comment