Friday May 06/2016
OLEH: JANANG A/K
NYALOU
www:sabahinsider14.blogspot.com
(Kuching)
PAS ANTI KRISTIAN...Kenapa letak calun Kristian di Kerusi DUN Kakus Clement Bayang Dakwa Abang Johari
SERIKEI (KUCHING) Kenyataan
Presiden PAS Haji Awang Hadi yang mahu kepimpinan Negeri Sarawak mesti di
tadbir oleh orang Islam telah mendapat perhatian umum khususnya ahli-ahli parti
komponen Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
Hadi
bercakap seolah-olah orang sudah nyanyok hilang akal kalau PAS benar-benar parti Islam kenapa PAS meletakan calun bukan Islam untuk
bertanding atas tiket PAS pada PRN11 Negeri Sarawak.
Bukan kah
PAS anti agama Kristian dan anti Buddha dan anti Hindu sekarang beria-ria meletakan
calun PAS bukan Islam di kerusi Kakus
iaitu Clement Bayang
Dalam
pada itu Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg menyelar
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata Sarawak hanya boleh
diperintah oleh Bumiputera yang beragama Islam.
Bingung
dengan sikap Hadi, Abang Johari berkata parti Islam itu mengetengahkan seorang
calon Christian, Clement Bayang, sebagai calon kerusi Kakus.
“Mana
satu yang betul? Mereka (PAS) kemuka calon bukan Islam tetapi mereka kata
Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam? Apa yang sedang berlaku?”
katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hak milik tanah kepada warga
Kampung Senari hari ini.
Malam
semalam, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan membenarkan orang bukan Islam
perintah Sarawak, termasuk daripada DAP.
Ahli
Parlimen Marang menambah walaupun PAS mengiktiraf orang Cina dan orang India
sebagai warganegara, beliau menegaskan pemimpin haruslah beragama Islam.
Sementara
itu, ketika dihubungi, Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili menjelaskan
Bayang terpilih sebagai calon bagi membuktikan kepada pengkritik bahawa parti
Islam itu menerima semua orang tanpa mengira anutan agama.
“Pihak
tertentu cuba menggambarkan kami sebagai pelampau tetapi kami sebenarnya tidak
ekstrem,” katanya, dan menambah sokongan kepada Bayang setakat ini
“menggalakkan”.
No comments:
Post a Comment