GST KEGEMBIRAAN PADA PEMIMPIN TAPI TANGISAN PADA RAKYAT MISKIN




Wednesday May 11/2016


Oleh :Evangeline Soraya Kigis
www:sabahinsider14.blogspot.com

SECARA     keseluruhannya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip GST dan cukai langsung dan tak langsung sebanyak RM51.15 bilion pada tahun lepas, tahun ini kerajaan mensasarkan kutipan GST RM39 bilion, melalui agen pengumpulnya dari pihak peniaga/syarikat yang berdaftar sebanyak 409,000 buah.

Sebenarnya rakyat menyambut baik rejim GST ini tetapi dalam keadaan ekonomi rakyat lemah ada faktor ini lah mereka bersetuju untuk tidak berstuju dengan dasar percukaian ini yang melibatkan semua peringkat tak kira kedudukan individu kaya atau miskin.

Namunpun kerajaan mengimbangi dengan agihan BR1M bagi yang layak diberi tetapi jika diperhalusi bantuan ini akan tidak membawa faedah kerana habis akan digunakan membayar GST.

 Andaian jika satu keluarga berbelanja pukul rata RM24K/tahun untuk tujuan lain selain makanan asas.,wajib membayar GST RM1,400, sedangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2016 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.


Konsep kemakmuran wajib diselaraskan di antara negara dan rakyat biar mengunakan slogan

'RAKYAT BAHAGIA,NEGARA KAYA' bukan membebankan rakyat untuk menampung pendapatan negara.
Betapa makmurnya rakyat jika tidak dibebankan GST tentu sekali RM39 billion ada menjadi tabungan mereka untuk masa depan dan pendidikan anak anak mereka.

Seperkara lagi yang rakyat tidak berpuas hati ketirisan dan perbelanjaan kerajaan tidak berhemah diselangi rasuah saban tahun meningkat menurut laporan Audit Negara.

GST tidak diperlukan jika semua pemimpin dan aparatur negara digerakan ke arah memaksimumkan tenaga sumber yang ada ke jalan yang betul dan efektif tanpa penyelewengan.
By~ Evangeline Soraya Kigis
Kota Kinabalu Sabah

No comments:

Post a Comment