Thursday
May 26/2016
Gambar
Kelihatan….Petrus mengucapkan terima kasih kepada Zakaria kerana menyumbangkan
kerusi roda untuk beliau.
OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
GUM-GUM:-
Seorang bekas penyelia keselamatan
sebuah kawasan perumahan di Gum Gum yang diserang strok, telah diziarahi oleh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris
baru-baru ini.
Zakaria
yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, telah
menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda yang baharu untuk Petrus Bin Ola di
rumah beliau di Kampung Gum Gum.
Warga
emas yang berusia 78 tahun itu , telah diserang strok pada jam 10.45 malam ,
Mei 8 lepas. Beliau telah dihantar oleh ahli keluarga ke Hospital Duchess of
Kent untuk menerima rawatan.
Apabila
mendapat tahu berhubung kejadian tersebut, Zakaria telah pergi ke rumah Petrus
untuk melihat keadaan Petrus serta berjumpa dengan ahli keluarganya.
Petrus
kelihatan menangis tersedu-sedu apabila bersalam dengan Zakaria sambil
mengucapkan terima kasih kepada Zakaria atas keprihatinannya.
Hadir
bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai
Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz dan pemimpin setempat.
No comments:
Post a Comment