SINGAPURA KE-7 ISLAMIK DI DUNIA ( Malaysia ke-33


Tuesday Jun 31/  2016

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.

BILA kita mengatakan soal negara Islamik di dunia, tentu ada yang menyebut Negara-negara  Arab termasuk Malaysia berada di barisan depan dan jelas anggapan itu tidak benar.

Seorang Professor bernama Hossein Askari dari Universiti George Washington telah membuat kajian dan beliau meletakkan Singapura no: 7 negara paling Islamik di dunia, sementara Negara Malaysia jatuh ke tempat ke;33. Kenapa begitu?

Hossein membuat kajian berkenaan negara Islamik di dunia bersama seorang penulis indeks Islamicity Scheherazade S, Rehman.

Kajian-kajian yang mereka lakukan ialah berdasarkan pengajaran Al- Quran ke dalam kehidupan seharian dalam sesuatu masyarakat.

Antara yang dinilai ialah soal kebersihan, rasuah pemimpin, ketelusan/kejujuran, kebajikan rakyat dan sebagainya dan di Singapura kelihatannya lebih baik mendekati ajaran Al-Quran itu sendiri.
Arab Saudi yang mempunyai Mekah dan Madina tidak tersenarai dalam 50 negara paling islamik di dunia.

Menurut kajian mereka Negara Ireland amat kurang jenayah, keamanan cukup terbaik, pendidikan, kebajikan diutamakan, kebersihan paling hebat berbanding negara berjenama islam dan dinyatakan negara Ireland menduduki tempat pertama.

Kelemahan utama Negara-Negara Islam ialah tidak melaksanakan ajaran Al Quran termasuk sunah/hadis nabi dan paling buruk pemimpin-pemimpin negara Islam siap menggunakan agama untuk berkuasa dan bila berkuasa nilai-nilai islam tidak dipraktikkan malah sewenang2nya dilanggar membuta tuli.

Nah, laporan professor itu secara tidak langsung menemplak negara-negara Islam seperti Malaysia dan seharusnya pemimpin Islam di dunia kembali kepada ajaran-ajaran Islam berpandukan al Quran dan hadis nabi. yang jelas hanya indah kata-kata sebalik praktikalnya auta.

Selagi ajaran Al-Quran dan hadis nabi tidak menjadi rujukan dan amalan seperti di zaman Andalusia abad ke-4 hingga ke-10, maka umat Islam akan terus jauh tertinggal di belakang dan akhirnya mereka hanya Islam di kulit sedang dalaman tidak dan tidak hairan
bakal ramai menghuni neraka.

Negara Malaysia boleh dijadikan kajian apakah para pemimpin kita yang rata-rata Islam benar islamik atau hanya mainan di mulut sedang tingkah dan olah tidak menggambarkan ajaran islam sebenar.
Mari kita bincang sama!




No comments:

Post a Comment