Friday May 13/2016
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
SERAMAI 186,000 Rela akan di lucut
keanggotaannya hari ini kerana terlibat
dalam pelbagai kesalahan dan menyalh gunakuasa seperti terlibat jenayah dan
disiplin.
Menteri Dalam Negeri (KDN)
yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan
melalui kaca TV3 malam tadi perlucutan keanggotaan itu disebabkan bukan saja
soal mereka tidak mempunyai disiplin bahkan salahguna kuasa ketika dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
Sementara di Sabah pula dikalangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
yang memegang kad pengenalan projek nombor bermula H.0354XXX dan H.0535XXX ramai menjadi anggota Rela.
Macam mana mereka boleh
diterima sebagai anggota Rela sedangkan cakap berbahasa Melayu tidak lurus
(Pilat) sebut gambar jadi gambal manakala sebut ikan jadi ikang ini jelas
menunjukkan mereka bukan dilahirkan di Sabah.
Tidak kira apa suku bangsa
sama ada dari Filipina tau Indonesia kalau mereka benar-benar di lahirkan di Negara
ini khususnya di Sabah percakapan mereka lurus bukan pelagak-pelagok (pilat)
Kita setuju kalau
anggota-anggota Rela di Sabah walaupun mereka telah mempunyai Mykad tetapi
dalam Mykad tersebut mempunyai kad pengenalan lama nombor H.0353XXX dan H.
0534XXX turut dilucutkan dari keanggotaan mereka.
Demikian dijelaskan oleh
Aktivis Masyarakat yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Portal The Sabah
Insider.net Dato Seri Paduka Dr Kemellia
Hassan (gambar) ketika di minta mengulas kenyataan Zahid Hamidi mengenai
perlucutan keanggotaan Rela seramai 186,000 orang.
No comments:
Post a Comment