Friday May 27/2016
Gambar Kelihatan.......Haji Abas (kanan) menyerahkan kunci premis baharu PDK Gum
Gum kepada Rabbun disaksikan oleh Datin Raisah serta tetamu lain
OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
GUM-GUM:- Seramai 22 pelatih pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) Gum Gum menerima elaun mereka dalam satu majlis yang disempurnakan
oleh Penaung PDK Gum Gum Datin Hajjah Raisah Haji Jubar di sini kelmarin.
Acara yang telah diadakan di premis baharu PDK Gum Gum di
Kampung Seri Manis, Batu 16 Jalan Labuk turut menyaksikan penyerahkan kunci
premis oleh pengerusi JKKK Kg Seri Manis Haji Abas Haji Labassa kepada pengerusi PDK Gum Gum Rabbun
Haji Anggari.
Hadir bersama ialah Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM)
DUN Gum Gum Kamal M Said, Guru Besar SK Seri Manis Bistari Asoi, pegawa-pegawai
Jabatan Kebajikan Am Negeri, Bahagian Sandakan termasuk mantan Penolong
Pengarah Jailani Majit.
Majlis berkenaan turut meraihkan kenaikan pangkat Jailani
yang akan berpindah ke ibu pejabat Jabatan Kebajikan Am Negeri di Kota
Kinabalu.
Datin Hajjah Raisah yang juga isteri kepada Pembantu
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, turut berkesempatan menyambut
Hari Guru bersama guru-guru serta semua ibu bapa anak-anak istimewa PDK Gum Gum
.
Dalam ucapan, Datin Raisah menasihati PDK Gum Gum agar bantuan
yang disaluran oleh kerajaan dapat digunakan secara berhemah dalam keadaan
ekonomi yang tidak menentu hari ini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan
Am yang banyak membantu kewujudan premis PDK Gum Gum bahari ini dan berharap
semua yang terlibat dapat meneruskan komitmen jitu serta sentiasa memberikan
idea-idea dan cadangan bernas untuk kebaikan pembangunan PDK Gum Gum.
Sementara itu, warga Unit PPM DUN Gum Gum memberikan
kejutan kepada Datin Raisah dengan menghadiahkan kek kepada beliau sempena
sambutan Hari Jadi beliau pada majlis yang sama.
No comments:
Post a Comment