Tuesday May 02/2016
1. Datuk Tawfiq melilitkan bangkung Wasit kepada
Encik Anjang.
2. Datuk Tawfiq menerima cenderamata dari pada Datuk
Iliyas Ibrahim Dipertua PSSS Pesakat Sabah.
OLEH: MUSTAFFAH MOHD
HASSAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
TAWAU: Penggabungan dua Badan Peneraju Tertinggi Silat telah memberikan impak Dua badan tertinggi
perneraju silat tersebut ialah Persatuan Seni Silat Sabah (PSSS) yang dipimpin
Datuk Hj Iliyas Ibrahim dan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) negeri Sabah
diketuai Cikgu Hj Roslee Amir Duraman akhirnya dikenali sebagai Persekutuan Seni
Silat Pesaka Sabah (PSS Pesaka Sabah)
Demikian dinyatakan Menteri Belia dan Sukan Sabah
Datuk Hj Tawfiq Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan ketika berucap
merasimakan penutupan Kursus Wasit dan Juri untuk kelas III,II,I Negeri dan
Kelas III Kebangsaan yang disertai 41 pesilat dari seluruh negeri.
Katanya, semenjak wujud dua persatuan peneraju silat
ianya banyak menimbulkan masalah kepada Kementerian Belia dan Sukan Negeri (KKBS) untuk
membangunkan silat melalui sukan silat olahraga disebabkan berlakukan
persaingan yang lebih menjurus kepada nilai nagetif
“Justeru, saya telah mencadangkan agar keedua badan
induk itu bergabung bagi membolehkan
kementerian membantu serta menyalurkan peruntukan kewanganagar seni
silat dapat dibangunkan dari peringkat akar umbi”
“Saya amat terharu dab berterima kasih kerana
cadangan penyatuan itu disambut baik dan satu mesyuarat bersama dengan Presiden
Pesaka Malaysia YB Senator Mohd Ali Rustam serta Setiausaha Agung Pesaka YB
Dato Megat Zulkarnian Tan Sri Omar Din manakala dipihak PSSS diwakili
presidennya Datuk Iliyas Ibrahim,maka dengan itu wujudlah kesatuan yang terbaik
untuk silat di Negeri sabah hari ini”Katanya.
Katanya PSS Pesaka Sabah yang dipimpin Datuk Iliyas
Ibrahim telah menampakkan perkembangn positif kalangan perguruan dan kelab
silat di peringkata akar umbi, ini terbuti bila PSSS Pesaka Sabah berjaya
menganjurkan Kejuaraan Pencak Silat Sabah dan Jemputan Antarabangsa dengan
penyertaan dari wilayah tertentu dari Indonesia,Brunai selain wakil negeri
negeri di Malaysia.
Menurut beliau, usaha itu perlu diteruskan dan pihak
KKBS akan sentiasa memberikan sokongan teknikal dan Dana kpada PSSS Pesaka
Sabah alah bantuan juga tidak terkecuali kepada kelab kelab silatolaraga di daerah daerah yang aktif dan berdaftar dengan
suruhanjaya sukan serta merupakan ahli gtabungan PSSS Pesaka Sabah.
Menyentuh penganjuran kursus Wasit dan juri, Tawfiq
berkata, kecemerlangan dan kejayaan seseorang pesilat menjuarai sesuatu
kejohanan bukan kerana kehebatannya sebaliknya adalah bagaimana setiap juri itu
membuat penilaian dan keputusan yang betul dan tepat terhadap persembahan
pesilat.
“Setiap keputusan wasit dan juri itulah yang
menentukan kejayaan setiap pesilat,justeru sebagai wasit dan juri hendaklah
sentiasa memperkasa integeriti diri dan sentiasa bersifat telus serta bijaksana
dalam membeuat keputusan agar segala yang dibuat diterima oleh semua pihak ”
Sementara terdahulu ketika berucap Dipertua PSSS
Pesaka Sabah, Datuk Hj Iliyas Ibrahim mengulangi kenyataannya yang mahu
kerajaan Negeri membantu merealisasikan penubuhan Akademik Silat Sabah bertaraf
Diploma bagi memberikan peluang dan masa
depan yang lebih cerah kepada anak-anak muda di negeri ini di bidang sukan
silat.
Katanya, PSSS Pesaka Sabah amat memerlukan sebuah
kawasan bagi membangunkan akademik
tersebut untuk turut dijadikan pusat pentadbiran dan pembangunan sumber Manusia
institusi persilatan bagi menyediakan jurulatih jurulatih silat yang berkeliber
sejajar dengan insperasi Kementerian Pelajaran yang mahu silat dikembangkan di
sekolah sekolah iaitu satu sekolah satu Silat.
Pada program empat hari itu seramai empat puluh satu
pesilat dari seluruh negeri menyertai kursus tersebut turut bangga dengan
pengumuman Menteri Belia dan Sukan Negeri mengu,mumkan bantuan dana sebanyak
RM50 ribu bagi tujuan melaksanakan berbagai aktiviti PSS Pesaka Sabah sepanjang
tahun 2016.
Selain YDP PSSS Pesakan Sabah, turut hadir Tokoh
persilatan daerah Tawau Cikgi Amir Tapa, Cikgu Kamarul Arifin, Juri Tetap
program realit TV Pendekar Muda, Pegawai
KKBS Tawau Jamil Jilap..
No comments:
Post a Comment