Friday May 06/2016
LAPORAN KHAS DARIPADA
Setiausaha Politik
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt
Ginger Phoong
Ginger Phoong
www:sabahinsider14.blogspot.com
KUALA LUMPUR:- Ahli Parlimen
Sandakan YB Stephen Wong Tien Fatt kini sedang menunggu untuk pembedahan di
Hospital Besar Kuala Lumpur, hari ini juga merupakan ulang tahun ke-3 beliau
diamanahkan sebagai wakil rakyat.
Namun begitu, selama 3 tahun ini, beliau tidak
pernah berhenti untuk khidmat rakyat disebabkan pelbagai kesusahan, kerana
beliau tahu ini adalah satu misi dan tanggungjawab yang besar. Beliau bukan
sahaja merayu untuk rakyat dan menjadi suara rakyat di sidang Parlimen, hampir
setiap sesi sidang Parlimen pun akan mengambil inisiatif untuk mengambil
bahagian dalam perbahasan, selepas sidang Parlimen, beliau akan kembali ke
Sandakan untuk berkhidmat rakyat. Rutin ini berulang-kali sejak beliau
diamanahkan sebagai Ahli Parlimen kawasan Sandakan.
Stephen Wong telah dipilih sebagai Pengerusi
DAP Sabah pada tahun ini, beliau memikul tanggungjawab yang lagi besar di mana
beliau harus mengembara ke pelbagai kawasan luar bandar di Sabah, supaya DAP
dapat memenangi kerusi majoriti di Sabah untuk mencapai matlamat perubahan
rejim di Sabah. Akhirnya, beliau telah jatuh sakit pada bulan lepas dan
disahkan terdapat batu karang dalam buah pinggangnya, pembedahan harus
dijalankan secepat mungkin.
Namun, beliau sedar bahawa sekiranya beliau
menjalankan pembedahan, ia menunjukkan bahawa beliau tidak dapat memenuhi misi
yang diamanahkan oleh parti, iaitu sebagai penyelaras pilihanraya di kawasan
Mulu, Sarawak, jadi beliau memutuskan untuk menangguhkan rawatan dan menjadi
teladan memimpin rakan-rakan DAP Sabah melawat ke kawasan luar bandar yang
jauh, dari sebuah rumah panjang ke yang lain. Kadang-kalang beliau terpaksa
bergantung kepada ubat penahan sakit disebabkan kesakitan.
Ahkhirnya, pada 2 hari yang lalu, dia tidak
tahan kesakitan lalu melawat ke doktor. Selepas berunding dengan doktor dan
mengetahui keadaan beliau telah bertambah teruk, barulah beliau berhenti jejak
langkahnya di Sarawak dan mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur.
Kita semua tahu bahawa jika bukan keadaan
beliau telah bertambah teruk, beliau tidak akan keluar dari Sarawak. Beliau
masih berharap untuk melawat ke kampung-kampung yang lain di Mulu, berjumpa
dengan pengundi Mulu supaya mendapatkan undi untuk calon DAP di kawasan Mulu,
Paul Raja. Meskipun betapa zalim politik duit, betapa mustahil dan sukarnya kawasan
ini, beliau tetap memaju dan berjuang dengan berterusan.
Ini bukannya semata-mata Semangat Stephen
Wong, tetapi sebaliknya ia adalah Semangat DAP.
Ini merupakan semangat perpaduan dalam
demokrasi sosial, walaupun kita berasal dari negeri yang berbeza, bangsa yang
berbeza, tetapi kita semua berhasrat untuk membentukkan negara yang lebih baik,
bersih, adil dan bebas. Kita bekerjasama dengan rakyat Sarawak untuk memaju dan
memberi usaha yang terbesar untuk mengubah negara ini.
Ada orang katanya kita ini Parti Semenanjung
atau Parti Cina, sebenarnya mereka salah. Kita merupakan parti yang percaya
akan keadilan, kebebasan dan kesamarataan. Kita berhasrat untuk berjuang untuk
Malaysia yang lebih baik. Malaysia, harus dimiliki oleh semua rakyat Malaysia!
Malaysia ini, menghormati hak-hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak.
Ia adalah amat berharap bahawa Semangat
Stephen Wong boleh mengharukan orang ramai, jalan UBAH ini amat memerlukan
sokongan antara satu sama lain, kita percaya bahawa untuk mencapai destinasi
hasrat kita, tidak jauh lagi!
Saya berharap DAP akan memang dalam
pilihanraya Sarawak 507. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat cepat
sembuh kepada Stephen Wong dan berharap beliau boleh mendapat rehat yang
sempurna, kerana rehat adalah persediaan untuk penjalanan yang lagi jauh.
Setiausaha Politik Ahli Parlimen Sandakan
Stephen Wong Tien Fatt
Ginger Phoong
Ginger Phoong
No comments:
Post a Comment