SELAMAT HARI GURU 2016


( buat semua guru terutama guru-guruku)

Tuesday May 17/2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

MESKI kita jarang ketemu atau tidak lagi ketemu sejak meninggalkan bangku sekolah dulu tetapi masih kuingat bagaimana tingkahmu dan bagaimana kala kau berdiri di sisiku sambil memerhatikan apa yang aku lakukan ketika itu dan baru terasakan kini betapa mulianya niat dan keinginanmu untuk aku menjadi manusia sebenar-benar manusia.

Semuanya begitu mekar dalam ingatan dan itu sebab antara orang yang paling aku hormat dalam dunia ini bukan perdana menteri, bukan menteri-menteri , bukan sultan atau raja sebalik ialah kamu duhai guruku dan lebih utama tentu saja ayah dan ibu bapa sendiri.

Bila memerhatikan tugas guru itu sebenarnya bukan semata di dalam kelas, sebalik melebar ke luar kelas dan jelas peranan itu cukup berat, sebalik yang kita perhatikan sekarang ini budaya kalangan anak murid dan ibu bapa kekadang ada sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan sejagat dan kesannya kekadang guru dibelasah diheret ke mahkamah meski niat guru semata mahukan anak bangsa bukan saja bijak sebaliknya berakhlak mulia.

Tentu sekadar mengucap hari guru tidak cukup, malah membalas dengan apapun tidak akan mampu untuk dilangsaikan segala budi guruku dan yang hanya mampu diucapkan semua guru2ku yang sudah pergi diletakkan di syurga dan yang masih bersama saat ini selalu dilindungi Allah dan lanjutkan usia dan akhirnya mendiami syurga bersama yang lain.

Tanpa guru, sudah tentu aku ini tidak seperti yang ada sekarang dan kerana itu jasamu guru cukup bermakna dalam hidup ini hingga kesani aku melihat dunia ini terang dan bercahaya menuju ke jalan Illahi.
Terima kasih banyak dan jasa tetap kekal abadi.


No comments:

Post a Comment