PERMOHONAN TANAH 300,000 EKAR DI NABAWAN TIMBUL KONTRAVERSI DI KALANGAN PENDUDUK SETEMPAT


Tuesday May 17/201

OLEH: SHAIMON S JUMADI
EDITOR KANAN PORTAL
THE SABAH INSIDER.NET
www.sabahinsider14.blogspot.com  

SESIAPA sahaja rakyat  di Negeri Sabah yang bertaraf warganegara  Malaysia di bolehkan  memohon sebidang tanah  dan seberapa keluasan tanah yang hendak dipohon di mana-mana saja tempat.

Menurut  Tatacara Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 4.5 Ordinan  Pengambilan  dan Enakmen  Tanah  (Bab) 68 (Pindaan) 1996 (Sabah No 2 Tahun 1996  jelas akta ini menunjukkan memberikan  kebenaran kepada mana-mana individu dan mana-mana syarikat  dibolehkan  memohon tanah  di mana-mana saja kedudukan tanah tersebut.

Seperti yang terdapat Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam bin Datuk Abu Bakar Tintingan  telah memohon tanah seluas 300,000 ekar  dan diikuti oleh 2 orang individu  keluasan yang sama  di Nabawan.

Seperti di awal-awal lagi dinyatakan  di paragraph 2 yang menyatakan sesiapa saja mereka dibolehkan memohon tanah akan tetapi sipemohon juga harus pandai menjaga sensitivity  masyarakat tempat khususnya penduduk-penduduk kawasan Nabawan agar  tidak timbul sebarang kontraversi.
 
Permohonan tanah seluas 300,000 ekar setiap seorang yang membabitkan Datuk Nizam sendiri  telah dipersoalkan dan mendapat bantahan rasmi sila lihat surat rujuk: PPUNS/TBK/Spd(a)02 (05) bertarikh 12hb Mei 2016 surat daripada Pejabat UMNO Bahagian Pengsiangan ditujukan kepada  Pegawai Penguasa Pemungut Hasil Tanah Nabawan yang membantah sekeras-kerasnya terhadap permohonan tanah tersebut.

Kalau difikirkan ada kebenaran  bantahan tersebut kenapa orang-orang luar dari Tawau telah memohon tanah seluas 300, 000 ekar bukan kecil keluasan tanah yang dipohon itu  kalau di tanami sawit  baru mengeluarkan hasilnya  pemilik kebun sawit itu boleh jadi jutawan.

Perkara ini juga menjadi teka teki kenapa penduduk-penduduk Nabawan sendiri tidak berminat untuk memohon tanah tersebut  sesudah orang luar memohon baru  kelam kabut  membuat bantahan ini silap siapa?.

Saya sebagai orang luar di dari  kawasan Nabawan hanya sekadar memberi pandangan yang positif  saja sebab saya telah mengikuti perkembangan mengenai kes tanya hingga DAPpun turut meminta rakyat setempat membuat bantahan.

Marilah kita sama-sama tunggu apa  kesudahanya kes tanah ini ada kah bantahan itu mendapat respond dari Jabatan  Pemungut Hasil Tanah Nabawan atau di sebaliknya.







No comments:

Post a Comment