Tuesday May 17/2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
MAJLIS Ugama
Islam Sabah (MUIS) yang diurus tadbir
oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sebagai badan dakwah Islam
negeri Sabah nampaknya gagal memainkan peranannya untuk meningkatkan dakwah
syiar Islamiah yang boleh dibanggakan oleh segenap masyarakat Islam seluruh
Sabah.
Sebagai
buktinya di mana ramai di kalangan Imam-Imam
Qariah dan Imam Rawatib yang telah kembali ke Rahmatullah (Meninggal Dunia) di beberapa kampung
khususnya di daerah Sandakan tiada orang yang menggantikan tempat Imam-Imam
yang sudah menjadi Arwah.
Contohnya
Kampung Air , Kampung Gas Kampung Sungai Batang dan beberapa buah kampung lagi
yang tidak sempat disenaraikan ini sejak kematian imam-imam Qariah atau
Imam-Imam Rawatib kampung-kampung tersebut kini
tiada mempunyai imam ditempatkan di kampung-kampung berkenaan.
Sekiranya penduduk-penduduk kampung itu ada kematian
disebabkan kampung berkenaan tiada mempunyai Imam Qariah atau imam Rawatib
mereka terpaksa menjemputkan imam Qariah atau Imam Rawatib dari kampung yang
berjauhan untuk mengejarkan fardhu kipayah.
Kenapa
pihak pengurusan pentadbiran JHEAINS tidak pernah atau terlintas di hati mereka
untuk melantik orang-orang yang
difikirkan layak jadi imam-imam tersebut di sesebuah kampung.
Adapun
golongan muda menjadi imam Rawatib akan tetapi mereka tidak bertahan lama ini
disebabkan mereka tidak di bayar sebarang elaun dari kerajaan khususnya jabatan
Agama Islam.
Ketiadaan
imam-imam Qariah dan Imam-Imam Rawatib di kampung-kempung yang dimaksudkan itu
kini telah menimbulkan kontraversi di kalangan penduduk setempat bila kah pihak
JHEAINS akan melantik orang-orang yang
tertauliah sebagai imam-imam tersebut.
No comments:
Post a Comment