MUFTI PERAK TAK FAHAM MELAYU ( kesan nasihati Nurul bertaubat)

Saturday May 07/2016

KARYA: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com



MUFTI Perak TS Harussani Zakaria tidak faham maksud Melayu dan kesan kenyataan Nurul dia nasihati Nurul bertaubat.

Nurul membuat kenyataan di satu sidang kebebasan beragama dan kenyataannya adalah seperti berikut: "...Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu..."

Islam memang tidak memaksa sesiapapun menganut agama Islam dan jika ada paksaan maka islamnya tidak sah dan ini sudah jelas.
Tiada siapa boleh menafikan. kenyataan Nurul jelas dan dalam perlembagaan juga sudah dijelaskan.

Barangkali MUFTI merujuk kenyataan kedua " PERKARA INI JUGA PATUT TERPAKAI KEPADA ORANG MELAYU" Jika kenyataan Melayu ini jadi rujukan Mufti hingga nasihati Nurul bertaubat, maka saya sarankan MUFTI kena belajar sejarah Melayu itu sendiri.

Memang dalam perlembagaan perkara 160 dijelaskan Melayu itu Islam agamanya dan mengamalkan adat Melayu. Itu jelas kalau merujuk perlembagaan tetapi dari segi akademik/Melayu itu hakikat jelas tidak islam agamanya.

Islam ada di tanah Melayu di Trengganu abad ke-12 kesan ada bukti batu bersurat dan Islam berkembang di Melaka abad ke-15 diusahakan sama oleh Cheng Ho dari Tiongkok dan Parameswara dan kesan usaha Cheng Ho Parameswara memeluk agama islam dan menjadi sultan Melaka. Ini Fakta.

Melayu pula sudah ada kesan hijrahnya orang-orang  dari benua Asia sebelum tahun Masehi 3000 dan sebelum tahun masehi 300 dari Indo China dan mereka itu datang ke Tanah Melayu digelar PROTO MALAY dan kawin dengan orang asli, jakun dan segala macam dan melayu ketika itu belum beragama islam.

Di Malaysia yang bukan Melayu ikut sejarah ialah China dan India kerana keduanya ada tamadun yang lagi hebat, sementara yang lain digelar Rumpun Melayu termasuk Bugis, orang Asli, Jakun dan sebagainya.

Kenyataan Nurul jelas benar patut terpakai kepada orang Melayu dan ini boleh saja ditujukan kepada 3 orang ketua bahagian UMNO Di Sabah yang agamanya bukan Islam.

Kesimpulannya kenyataan NURUL benar tak ia tak perlu bertaubat seperti dinasihati oleh Mufti itu cukup jelas sebalik saya nasihati MUFTI kena belajar dan kaji sejarah Melayu itu sendiri dan elak bercakap tidak memikirkan sudut lain dari segi sejaraha alias dari segi akademik.


No comments:

Post a Comment