PENENTUAN 7HB MEI SAMA ADA BN KEKAL MEMERINTAH SARAWAK ATAU SEBALIKNYA TUNGGU


Saturday May 07/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14,blogspot.com

PADA tanggal 7hb Mei 2016 adalah hari penentu Barisan Nasional (BN) kekal sebagai pemerintah Negeri Sarawak atau sebaliknya kita sama-sama tunggu keputusan pengiraan undi hingga jam 12.00 tengah malam ini.

Dalam pertandingan khususnya pilihanraya Negeri (PRN11) ini kelihatan begitu sengit sekali kerana parti-parti yang meletakan calun bukan calang-calang orangnya kalau dilihat dari beberapa aspek sudut calun-calun daripda pihak parti-parti pembangkang seperti DAP-PKR dan Amanah mereka 70 peratus meletakan orang-orang golongan muda yang berpendidikan sebagai calun untuk menentang calun-calun BN.
Tidak sama dengan seripi BN mereka kurang perhatian golongan muda menjadi wakil-wakil rakyat sama ada sebagai ADUN ataupun Ahli Parlimen kebanyakannya umur mereka sudah separuh abat.

Bagi pendapat saya memang sukar untuk di ramalkan sebab semua jentera pilihanraya Negeri Sarawak tidak kira jentera BN dan pembangkang semuanya kuat bergerak pantas.

Sementara parti DAP mereka tertumpu di kawasan Bandar di mana kita sedia maklum masyarakat cina 90 peratus adalah menguasai Bandar mereka ramai duduk di kawasan itu jadi untuk DAP memenangi kerusi DUN agak mudah sebab orabng-orang cina kini sudah hilangan kepercayaan langsung terhadap pimpinan BN.

Pandangan ini diutarakan oleh Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan Pengerusi Ahli Lembaga portal The Sabah Insider. hari ini ketika di wawancara oleh wartawan untuk mengulas keadaan suasana perjalanan Pilihanraya Neheri ke11 negeri di bawah bumi Kenyalang itu.

“Jadi malam ini  adalah tanggal 7hb Mei adalah hari penentuan segala-galanya sama ada BN terus kekal jadi pemerintahan negeri Sarawak bagi tempoh lima tahun lagi atau Pakatan Harapan yang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri yang baru kita kena tunggu sama-sama keputusan pengiraan undi sebab sukar untuk diramalkan sebab kuat sama kuat.

Manakala parti PAS pimpinan Hadi Awang mereka berkempen menggunakan isu Agama dan Bangsa untuk memancing undi kalau system begini yang duguna pakai kempen di Sarawak guna isu agama konfom Pas sukar untuk menang walaupun satu kerusi percayalah

Ini bukan dui Semenanjung khususnya di Kelantan PAS suka-suka memaki hamun agama Buddha agama Hindu dan agama Kristian mereka tidak ambil kisah sangat walaupun mereka marah dengan orang-orang PAS tetapi ini di Sarawak 90 peratus bangsa Iban-Dayak-Penan dan Bidayu rata-rata adalah penganut agama Kristian jadi kalau berkempen main sentiment agama pendek kata PAS tetap Zero (0) satupun tiada kerusi apa lagi kini PAS telah bersekongkol dengan UMNO tambah rakyat benci dengan PAS”katanya lagi.

No comments:

Post a Comment