Tuesday Jun 31/2016
GAMBAR
KELIHATAN…..Zakaria (kiri) melawat gerai pameran Polis Diraja Malaysia
selepas merasmikan program
OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:
Pendidikan pencegahan asas terhadap keburukan dadah perlu diberikan
kepada anak-anak muda kita sejak dari peringkat sekolah rendah supaya mereka
dapat menghindari dadah.
Penyalahgunaan dadah adalah satu
masalah yang amat membimbangkan masyarakat kerana ia boleh melumpuhkan tenaga
mahir anak-anak muda kita di masa akan datang.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris ketika merasmikan
Ceramah dan Pameran Menangani Jenayah, Membanteras Dadah dan Keselamatan Dalam
Program Belia Dan Ibubapa bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis
Diraja Malaysia (PDRM).
Program yang diadakan kelmarin di
Balai Raya Ulu Dusun, Batu 30 Jalan Labuk itu merupakan anjuran bersama Rukun
Tetangga, Persatuan Ibu Bapa & Guru dan JKKK Kg Ulu Dusun.
Beliau mengingatkan masyarakat
supaya faham bahawa masalah dadah bukanlah masalah orang lain sahaja tetapi
adalah satu masalah yang berkemungkinan akan menjadi masalah diri sendiri dan
keluarga.
Justeru itu, Zakaria yang juga
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri menyeru kepada
masyarakat umum supaya bersama-sama membantu Kerajaan dalam usaha membanteras
najis dadah ini sehingga tercapainya matlamat negara bebas dadah.
“Penganjuran program seperti ini
bertujuan memberi kesedaran kepada kumpulan sasar betapa pentingnya
memerangi penyalagunaan dadah sebagai tanggungjawab individu. Ia juga memberi
kefahaman kepada mereka akan bahaya salahguna dadah terhadap masyarakat dan
negara,” tambah Zakaria.
Turut hadir Pemimpin Pembangunan
Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M Said serta pegawai-pegawai AADK dan PDRM
Sandakan dan pemimpin masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment