Sunday May 08/2016
PANDANGAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
DATO SERI PADUKA DR KEMELLIA HASSAN
PENGERUSI AHLI LEMBAGA
THE SABAH INSIDER.NET
www:sabahinsider14.blogspot.com
DARI awal-awal lagi sudah dijangkakan sikap tamak dan haloba rakus kedua-dua parti pembangkang DAP dan PKR yang tidak mahu mengalah antara satu sama lain dalam pembahagian kerusi di beberapa kawasan DUN inilah punca kemenangan besar calon-calon Barisan Nasional (BN) mengondol 72 kerusi.
Barisan Nasional (BN) berjaya bentuk semula kerajaan Negeri dalam masa lima tahun lagi sementara rakyat yang menjadi sasaran dan mangsa keadaan akibat perbuatan seraka dan tamak DAP dan PKR meletakan calon di kawasan yang sama untuk menentang calon-calon BN.
Seperti awal-awal lagi dalam kenyataan saya akibat percanggahan dan double standard DAP dan PKR telah meletakkan calon di kawasan yang sama ini benar-benar mengelirukan rakyat yang mengundi mereka sukar untuk memilih mana satu parti pembangkang yang mahu di undi DAP kah atau PKR .
Matlamat mereka memang rakyat Sarawak yang terdiri dari suku Iban-Dayak-Bidayu dan Penan mahu memberikan kemenangan terhadap calon-calon DAP dan PKR dalam PRN11 ini tetapi meleset akhirnya parti yang bergelar PAKATAN HARAPAN jadi bertukar PAKATAN HAMPA.
Jelas perbuatan seraka DAP dan PKR masing-masing keras kepala tidak mahu bertolak ansur satu sama lain dalam pengagihan kerusi DUN di berapa kawasan ini menyebabkan undi pecah DAP dapat 20 peratus PKR dapat 20 peratus yang untung calon calon BN dapat undi lebih sebanyak 60 peratus ini bermakna kemenangan telah berpihak kepada BN.
Apapun kita ucapkan Syabas dan Tahnia kepada BN Sarawak kerana berjaya memperoleh kerusi 72 dan berjaya bentuk kerajaan Negeri semula.
Pada PRN10 tahun 2011 lalu DAP mempunyai kerusi 13 DUN PKR 3 kini kerusi DAP hilang lebih jauh separuh hanya 7 saja kerusi DAP dapat pada PRN11 ini sementara PKR kekal 3 kerusi.
Dalam kontek ini saya tidak menyentuh AMANAH sebab mereka bertanding sendirian tidak menggangu mana-mana calon parti-parti pembangkang seperti DAP dan PKR walaupun AMANAH tidak mendapat sebarang kerusi.
Di Sabah nanti PRU 14 kalau perbuatan yang sama dilakukan oleh DAP dan PKR sama-sama rakus dan tamak seperti yang berlaku di Sarawak dalam PRN11 ini sejarah hitam akan kembali bersemarak semula memang sukar PAKATAN HARAPAN membentuk kerajaan baru di Sabah kalau sikap tamak dan rakus tidak dihapuskan.
No comments:
Post a Comment