SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2016


Tuesday May 17/2016


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www:sabahinsider14.blogspot.com

KENAPA Allah tidak mengwahyukan ayat-ayat lain sebagai wahyu pertama selain ayat IQRA? IQra maknanya membaca dan menuntut ilmu. Jawabnya Allah mahukan kita jadi bijak pandai sebab kesan bijak dan pandai itulah kita dapat menilai adanya Allah dan hebatnya Allah itu.
Bila kita berIQRA tentu saja diperlukan GURU. Kita tidak seharusnya membaca saja tetapi ILMU yang baik itu perlukan guru. Bayangkan saja dalam dunia ini tiada guru, kira-kira bagaimana ilmu itu mahu disampaikan?
Atas dasar pentingnya berIQRA itu maka guru juga penting sangat dan itu sebab ada pemimpin Jepun ketika perang dunia kedua meletus/ketika Jepun kena bom, sang pemimpin bertanya dan pertanyaan pertama ialah berapa orang guru-guru yang masih hidup. jelas, di situ guru itu penting.
Bila kita kembali kepada Allah, selain yang terus bantu kita selain Amal Jariah, Anak Soleh tentulah ILMU dan ilmu itu disampaikan oleh guru dan sekali lagi jawatan guru itu jawatan paling mulia dan terhormat banding jawatan lain meski jawatan PM, menteri-menteri dan sebagainya.
Nah, kesan itulah selain orang tua saya yang paling saya hormat dan sayang ialah guru-guru terutama guru-guru yang pernah mengajar saya di Tenom dan ketika saya melanjutkan kuliah setelah selesai di Sekolah Menengah dahulu.
Selamat hari guru dan doa saya buat semua guru agar semuanya selalu dirahmati dan dilindungi Allah serta dimurahkan rezeki sihat kekal abadi.
Salam kasih sayang


No comments:

Post a Comment