Tuesday May 24.1016
OLEH: AZMIE AZMAN
SANDAKAN:- Untuk melawat menemui
penduduk kampung bagi mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi oleh
penduduk-penduduk setempat ia tidak terletak dibahu para pemimpin politik
kerajaan semata-mata tetapi ia harus dipikul bersama oleh para pemimpin
pembangkang yang berjiwa rakyat.
Itulah hakikat yang sebenar agar beban yang
ditanggung oleh penduduk berkenaan akan dapat diatasi walaupun tidak secara
pendadak.
Satu rombongan daripada parti Pakatan Harapan
(DAP) yang diketuai oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt telah melawat sambil memberikan ceramahnya di
Kampung Cahaya Baru dalam Zon Elopura.
Wong dalam ceramahnya mengajak rakyat supaya bersatu hati untuk membawa perubahan
dalam pentadbiran Negara yang sekarang sudah tidak stabil dalam semua aspek
terutamanya ekonomi semakin buruk rakyat terus menderita dalam mengharungi kehiudupan
seharian dengan kenaikan harga barang hingga 100 peratus.
Katanya rakyat harus memikirkan masa depan generasi akan datang kalau
keadaan Negara seperti sekarang berterusan kehidupan rakyat sama ada di kawasan
Bandar mahupun diluar Bandar semakan sempit dan terhimpit.
Turut hadir dalam Program Bersama Rakyat Pakatan Harapan iaiitu Ketua
CLC DAP Tanjung Papat Frankie Poon
Basith Hj Othman dan barisan kepimpinman PKR
No comments:
Post a Comment